Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TVET Lonjak Potensi Usahawan

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda...

Semuanya Salah UMNO Ke?...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pihak-pihak...

Najib Tiba Di Manila...

MANILA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada...

Keliru Kematian Lee Kuan...

ORANG dulu-dulu ada berpesan, sebelum bercakap, pastikan apa yang hendak diucapkan itu punyai...

Saksi Pendakwaan Kes Nazrin Didakwa Sengaja Reka Cerita

SHAH ALAM – Saksi pendakwaan, Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Abdul Halim Zulkefeli bagi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., (Cradle Fund), Nazrin Hassan didakwa sengaja mereka-reka cerita ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pihak pembelaan diwakili S Suresh ketika sesi soal balas mengeluarkan tuduhan berkenaan ketika prosiding kes berprofil tinggi itu dijalankan.

Suresh mendakwa kenyataan Abdul Halim bercanggah mengenai bukti terdapat serpihan bunga api dalam mangkuk tandas ketika pemeriksaan dilakukan pegawai bomba itu di kediaman tertuduh.

Suresh: Keterangan terdapat bunga api dalam mangkuk tandas tidak benar.

Halim: Tidak setuju.

Suresh: Jumpa bukti di kawasan kejadian tetapi tidak ingat ambil sampel. Setuju saya katakan encik Halim hanya mengada-adakan cerita?

Halim: Tidak setuju Yang Arif.

Suresh: Sebelum ini ada kata ambil sampel masuk dalam plastik tapi tidak ingat. Setuju saya katakan Encik Halim bercakap tidak benar.

Halim: Tidak setuju. Saya ambil sampel serpihan batang bunga api dan bawa balik masukkan dalam salah satu plastik tapi tidak ingat yang mana satu.

Suresh: Setuju dengan saya semasa kejadian kebakaran 14 Jun 2018 bunga apa itu tiada kaitan dengan kebakaran?

Halim: Tidak setuju.


Suresh: Dalam laporan, encik Halim langsung tidak nyatakan tentang bunga api?

Halim: Tidak setuju.

Suresh: Encik Halim, ketika siasatan dijalankan di kediaman Puan Samirah, bunga api bukanlah perkara utama dalam siasatan kes ini?

Halim: Ya, tetapi samplenya diambil.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung Isnin depan.

Samirah Muzaffar, 44, iaitu bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), yang juga isteri Nazrin, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 dan 14 tahun didakwa membunuh Nazrin.

Turut didakwa ialah seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan jam 4 pagi keesokannya. – Sinar Harian

Kategori