Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PKNS Agih 12,000 Bubur...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengagihkan sebanyak 12,000 bungkus bubur...

Pantau Media Sosial, Vee...

SEORANG ibu pastinya mahu yang terbaik buat anak-anak yang tersayang lebih-lebih lagi dalam...

Jawa Paling Ramai Hidup...

JAKARTA - Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia semalam mengumumkan, jumlah penduduk yang hidup...

Pelantikan Najib Tidak Jejas...

MARANG - PAS tidak mahu mencampuri urusan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN)...

“Saya Putuskan Hubungan Dengan Samirah” – Abang Nazrin

SHAH ALAM – Saksi ke-18 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan yang merupakan abang kandung mangsa memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini dia terus memutuskan hubungan dengan adik iparnya, Samirah selepas mengetahui kematian Nazrin ada kaitan dengan kes bunuh.

Dr. Abdul Aziz Hassan berkata, sebelum ini dia ada berhubung dengan Samirah sebagai hubungan abang ipar memandangkan adik iparnya baru kematian suami dan Allahyarham Nazrin merupakan bekas suami tertuduh.

Menurut Abdul Aziz lagi, hubungan mereka sebelum ini rapat dan dia turut berbincang dengan Samirah untuk mengadakan kenduri doa selamat namun setelah mengetahui berita mengenai kematian Nazrin yang dikaitkan dengan kes bunuh, dia terus menyekat nombor telefon Samirah dan langsung tidak lagi menghubungi Samirah.

Abd Aziz berkata demikian ketika prosiding pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Asnawi Abu Hanifah.

Mohd Asnawi: Kenapa tidak lagi berhubung dengan Puan Samirah?

Aziz: Saya tidak akan berhubung dengan orang yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan adik saya.

Mohd Asnawi: Siapa yang disyaki?

Aziz: Saya rasakan disyaki orang dalam rumah itu, Samirah, anak-anak orang gaji.

Aziz: Saya tidak mahu terlibat dengan orang terlibat dalam pembunuhan adik saya.Jadi saya berhenti berhubung dengannya.

Ketika ditanya, bagaimana reaksi dan perbualan di antara beliau dan Samirah apabila bertemu di rumah mangsa pada 14 Jun 2018.

Aziz memberitahu Samirah kelihatan sedih tetapi tidak menangis atau meraung.

Aziz: Pada ketika sejurus sampai kira kira jam 2.45 petang 14 Jun 2018, perbualan saya dan Samirah di dapur.


Mohd Asnawi: Bagaimana reaksi Samirah?

Aziz: Pada saya, dia tidak menunjukkan emosinya, tetapi mukanya sedih sebagaimana kematian suami. Pada saya, dia nampak sedih, tidak meraung tidak menangis tapi sedih.

Aziz: Saya bertanya Samirah, is it true is he’s (Nazrin) gone (meninggal dunia)? Itu pertanyaan pertama kali berjumpa dia di bahagian dapur, dia menjawab it’s true he’s (Nazrin) gone.

Aziz: Soalan kedua saya bertanya, how did it happen? Dia mengatakan kemungkinan kebakaran disebabkan oleh telefon meletup, katanya.

Beliau berkata, pada awalnya tiada sebab beliau memikirkan sebaliknya dan menerima dengan hati terbuka jika benar kebakaran berpunca telefon meletup.

Perbicaraan bersambung minggu hadapan.

Samirah Muzaffar, 44, iaitu bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang juga isteri Nazrin dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 dan 14 tahun, didakwa membunuh Nazrin.

Turut didakwa ialah seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokannya.

Kategori