Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Suruhanjaya Siasatan Urus Niaga...

PUTRAJAYA – Prosiding pertama Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang...

Wang Haram: Bekas Penolong...

ALOR SETAR - Seorang bekas penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan hari ini didakwa...

Agong Titah Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Barangan Keperluan Tahun Baharu...

JOHOR BAHRU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor menjamin...

Sidang Kemuncak KL Tidak Wujud Diskriminasi Dunia Islam – Mahathir

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bukan bertujuan mendiskriminasi atau mengasingkan sesiapa, sebaliknya berhasrat untuk mencari jalan bagi menangani masalah yang dihadapi dunia Islam dan ummah sejagat.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi persidangan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata sidang kali ini turut menjadi medan merungkai pelbagai kemelut yang membelenggu umat Islam atau sekurang-kurangnya menyedarkan dunia Islam terhadap polemik yang melanda masyarakat Islam.

“Kita bukan mendiskriminasi atau mengasingkan sesiapa. Kita berhasrat untuk bermula secara kecil, dan sekiranya idea, saranan, dan penyelesaian yang dihasilkan boleh diterima serta dibuktikan dapat dilaksanakan, kita harap ia boleh dibawa ke pentas yang lebih besar untuk pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kata-kata aluan pada majlis pelancaran persidangan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 sehingga Sabtu ini, bertema ‘Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara’, dirasmikan hari ini oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sidang kemuncak bertujuan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian baharu lagi berkesan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi dunia Islam selain menyumbang ke arah meningkatkan kesejahteraan umat Islam serta negara Islam secara umum.


Ia menjadi pentas bagi kira-kira 450 pemimpin negara, pemimpin Islam, cendekiawan, pemikir dan bijak pandai dari 56 negara untuk berbicara serta bertukar pandangan mengenai isu berkaitan dunia Islam.

Dr. Mahathir berkata, persidangan itu turut menjemput hampir kesemua negara Islam supaya dapat mengambil bahagian dalam sidang kemuncak kali ini, walaupun pada tahap yang berbeza.

“Kami mahu mendengar pandangan dan kebijaksanaan dalam kalangan peserta serta berdoa melalui sidang kemuncak ini supaya kita dapat secara sedikit demi sedikit menuju ke arah jalan penyelesaian masalah yang dihadapi.

“Semoga Allah memberkati kita dan terhasil kejayaan dalam usaha kecil ini bagi memulihkan kembali kemuliaan agama yang pernah dicipta satu masa dulu,” katanya. – BH Online

Kategori