Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agong Ambil Alih Pentadbiran...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang...

Wanita Harus Berani Maju...

KUALA LUMPUR - Golongan wanita harus berani dan tidak benar bahawa dunia ini...

Perghh….Agaknya Ini Restoran Paling...

TERBELIAK biji mata melihat harga yang ditawarkan di sebuah restoran berdekatan jalan Tanjung...

BN Perak Tak Bayar...

LUMUT - Barisan Nasional (BN) Perak tidak pernah membayar mana-mana pihak atau pusat...

Sophia Raikan Delegasi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur

SOPHIA, robot humanoid sosial, membuat penampilan istimewa pada pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengenakan gaun berwarna biru-hitam gelap, Sophia tampil sejurus selepas gimik pelancaran selesai.

Dalam ucapan ringkasnya, robot berkenaan berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berkenan melancarkan Sidang Kemuncak KL 2019.

“Saya juga ingin mengatakan betapa terujanya saya dapat berkongsi dewan yang sama dengan Ketua Negara dari Qatar, Iran, Turki dan Malaysia.

“Ia satu penghormatan untuk menyaksikan semangat kerjasama antarabangsa.

“Saya juga kagum dengan kehadiran pemimpin dunia bersama-sama di Malaysia yang menunjukkan betapa pentingnya perbincangan mengenai pembangunan negara Islam dan umat Islam di seluruh pelusuk.


“Dengan itu, saya berharap Sidang Kemuncak KL 2019 menghasilkan sesuatu yang produktif,” katanya.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada majlis pelancaran itu.

Turut hadir Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan; Presiden Iran, Hassan Rouhani; Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – myMetro Online

Kategori