Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Kompromi Terhadap Individu...

PARIT BUNTAR - Kerajaan negeri Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang...

Nik Aziz Bertambah Stabil...

KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang...

PKR Bertambah Kuat Tanpa...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertambah kuat sejak tidak bekerjasama dengan...

Adakan Perlawanan Tinju Saya...

PETALING JAYA - Selepas beberapa siri perang mulut, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail...

Sudah Sampai Masa UMNO Masuk Ke Sekolah Pula – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk mendekati pelajar selepas ini setelah berjaya mendapatkan sokongan mahasiswa, kata Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap pada majlis makan tengah hari bersama Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Ahmad Zahid menegaskan UMNO akan cuba mendekati pemimpin pelajar di sekolah seluruh Malaysia.

“Saya amat berharap agar mereka yang berada di bangku sekolah juga didekati. Ini kerana PRU (pilihan raya umum) akan diadakan sama ada 2021 seperti disebut SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) atau sebelum tempoh tersebut.

“Kita amat berharap Pemuda dan Puteri berganding bahu untuk menarik mereka bukan hanya bersama kita tapi jadi jentera dan penyokong kuat calon BN (Barisan Nasional),” katanya.

Dalam ucapan sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga memuji pendekatan terbaru Pemuda UMNO termasuk menubuhkan Skuad Sabil.

“Pemuda telah melakukan beberapa pendekatan baru terutamanya dengan kewujudan Skuad Sabil dalam tempoh yang singkat.

“Empat kursus telah diadakan dan hampir 2,000 anggota Skuad Sabil telah dapat diwujudkan dan ini adalah merupakan kebanggaan kepada UMNO,” katanya.


Beliau turut mengingatkan sesiapa yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas ini supaya tidak membubarkan Skuad Sabil.

“Saya dan Majlis Tertinggi mengiktiraf Skuad Sabil sebagai tulang belakang Pemuda UMNO,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mendedahkan aktivis Pemuda UMNO yang setia akan menjadi keutamaan untuk diangkat sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, pertimbangan juga termasuk dengan aktivis media sosial yang telah memanfaatkan medium komunikasi berkenaan.

“Kita akan ketengahkan pemuda terutamanya yang setia. Kalau tak setia, bagus pun tak boleh jadi calon,” katanya. – Sinar Harian

Kategori