Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lagu Tribute Untuk Bomba...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai dua bulan dihasilkan, lagu ‘Perginya Sahabat Wira’ yang...

Pau Pak Ngah Ampang...

UNIK... Muhammad Afiq Roslan yang membesar dengan perniagaan kuih pau keluarganya, membawa kelainan...

Bauksit: MB Terengganu Mahu...

KEMAMAN - "Kalau boleh saya mahu tutup aktiviti bauksit ini esok dan Suruhanjaya...

Tanggungjawab Terhadap Negara Belum...

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, belum bersedia untuk bersara biarpun memaklumkan bahawa...

Tanpa Dialog Isu Tulisan Jawi Mungkin Ke Mahkamah

PETALING JAYA – Jawatankuasa Kongres Jawi Kebangsaan akan membawa isu pelaksanaan tulisan jawi dalam pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan (SJK) ke mahkamah sekiranya Kementerian Pendidikan enggan berbincang dan berdialog mengenainya.

Tindakan itu dilihat sebagai jalan terakhir jika dialog yang diminta pelbagai pihak tidak ditangani sebaiknya oleh kementerian.

Setiausaha Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT), Arun Doraisamy, berkata tindakan ke mahkamah bukan hanya akan digerakkan jawatankuasa kongres tetapi turut disertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami tidak berhasrat membawa perkara ini ke mahkamah tetapi jika dialog bersama Kementerian Pendidikan gagal, itu sahaja jalan yang ada.

“Tindakan ke mahkamah akan dilakukan bersama-sama NGO lain kerana ini adalah isu kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas berlangsungnya Kongres Jawi Kebangsaan di sini, hari ini.

Arun berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada Kementerian Pendidikan untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah mengenai pelaksanaan tulisan Jawi.


Katanya, ada pegawai kementerian berhubung dengan SEKAT dan temu janji diatur untuk masa terdekat.

“Mereka sedar isu ini sudah berlarutan beberapa bulan dan memerlukan penyelesaian segera,” katanya.

Arun berkata, kongres hari ini dihadiri lebih 1,000 peserta walaupun hanya meletak sasaran kira-kira 500 hadirin.

Katanya, ada NGO Melayu yang menyokong pelaksanaan tulisan Jawi hadir untuk mendengar sendiri tujuan sebenar kongres dijalankan. – BH Online

Kategori