Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rusia Arah Jet Pejuang...

MOSCOW: Rusia menghantar jet pejuangnya untuk mengiringi pesawat peninjau tentera Amerika Syarikat (AS)...

Semut Buat Laporan Polis...

SHAH ALAM - Pemantau Media Sosial Pasukan Sensible, Ethical Malaysian United Team (SEMUT)...

Annuar Perjelas Peluang Kedua...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan memberi lagi tajaan kepada...

Sampel Ayam Dari Kilang...

PUTRAJAYA - Keputusan ujian terhadap kesemua sampel ‘ayam seekor' daripada kilang pemprosesan ayam...

Tiada Bukti Wujud Penjawat Awam Sabotaj Kerajaan

KOTA KINABALU – Tiada bukti ‘daulah terpendam’ atau rasa tidak puas hati berlaku kalangan penjawat awam yang menyebabkan wujud dakwaan mereka mensabotaj pentadbiran kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata ia mungkin sebagai alasan kepada masalah komunikasi banyak berlaku ketika perhubungan antara penjawat awam tetapi dilihat menjurus kepada unsur sabotaj.

“Katanya ia banyak diperkatakan tetapi sehingga hari ini tiada bukti dan setakat ini tiada kami juruskan adanya gerakan terancang.

“Sebaliknya ia mungkin disebabkan kecekapan pegawai yang tidak memberikan komitmen kepada kerja. Kita kena hati-hati istilah digunakan supaya tidak libatkan semua penjawat awam dalam satu warna yang sama.

“Ramai penjawat awam ikhlas dan tekun bekerja untuk menyumbang dari awal berkhidmat hingga hari ini dengan semangat profesional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat kepada Penjawat Awam Sabah di sini, hari ini.

Menurutnya jika unsur itu wujud sudah tentu penjawat awam yang dikenal pasti terlibat akan diambil tindakan mengikut peraturan sedia ada.

Beliau berkata sebagai penjawat awam, mereka tahu apa peraturan yang perlu dipatuhi dalam perkhidmatan awam.

Terdahulu dalam amanatnya pada majlis itu, beliau menyentuh mengenai pelbagai tohmahan dilemparkan kepada penjawat awam melalui pelbagai aplikasi media sosial.


Katanya ia memberi impak negatif kepada perkhidmatan awam sekiranya fenomena ini tidak ditangani dengan sewajarnya.

Menurutnya semua sedia maklum bahawa perkembangan pantas teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah mewujudkan fenomena globalisasi dunia tanpa sempadan.

“Perkara ini juga perlu dipandang serius kerana ia melibatkan penyebaran maklumat tanpa pengesahan terutamanya bila isu itu disebarkan melalui WhatsApp, Facebook, YouTube, Twitter, Instagram dan sebagainya.

“Saya berpesan agar kita terus berhati-hati dalam apa jua tindakan kita terutamanya ketika mengeluarkan sebarang kenyataan atau perkongsian dalam media sosial.

“Ia sejajar dengan sumpah dan ikrar kita di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Aku Janji Perkhidmatan Awam bagi menyimpan rahsia rasmi kerajaan, kata Mohd Khairul Adib.”

Kategori