Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Diskaun Khas Pembayar Pinjaman...

SHAH ALAM : Pemberian diskaun khas bagi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

9,180 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 9,180...

Pistol Dalam Kereta, Ada...

SUSULAN penemuan pistol dan peluru hidup dalam kereta pemain bola sepak Johor Darul...

“Saya Sanggup Berusaha Bersama...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan...

Touch ‘n Go Ewallet, Boost, Grabpay Inisiatif E-Tunai Rakyat

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. hari ini mengumumkan penyedia e-dompet utama negara, Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay, dipilih untuk menyertai inisiatif e-Tunai berjumlah RM450 juta oleh Kerajaan Persekutuan.

Tiga penyedia e-dompet itu adalah antara yang terbesar di Malaysia dan adalah platform yang sudah tersedia untuk melaksanakan program yang dijadual dilancarkan pada 15 Januari 2020.

“Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun, layak menerima RM30 seorang menerusi pelaksanaan e-dompet itu,” kata dana kekayaan negara dalam kenyataan hari ini.

Ia berkata pengguna boleh menggunakan e-kredit RM30 itu untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang tersedia menerusi e-dompet pilihan mereka sepanjang tempoh program, dari 15 Januari-14 Mac 2020.

Penyedia perkhidmatan e-dompet itu antara lain dipilih berdasarkan bilangan besar pengguna aktif mereka dan rangkaian saudagar yang luas, kepakaran teknikal serta kedudukan kewangan yang kukuh dan tenaga kerja untuk membangunkan sistem, proses dan prosedur yang diperlukan.

Khazanah dilantik oleh Kementerian Kewangan untuk memudahkan dan menyelaras pelaksanaan dan pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat dalam jangka masa yang ditetapkan.


“Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MoF), inisiatif e-Tunai Rakyat ini bertujuan untuk mempercepat transformasi ke arah penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga Malaysia, terutama perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

“Penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih akan memberikan lebih banyak maklumat tentang bagaimana rakyat Malaysia boleh menuntut dan menggunakan e-kredit RM30,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Touch ‘n Go eWallet (www.tngdigital.com.my), Boost (www.myboost.com.my), dan GrabPay (www.grab.com/my/pay/).

Kategori