Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Wow, Pemain Kompang...

KEBIASAANNYA dalam sesebuah majlis persandingan, dendangan pemain kompang turut dijemput bagi memeriahkan lagi...

Tindakan Amirudin Perlekeh Sultan,...

KUALA LUMPUR - Tindakan membeku peruntukan wakil rakyat pembangkang seperti diumumkan kerajaan Pakatan...

TNB Beli Arang Batu...

AYER KEROH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai perjanjian import arang batu dengan...

Sara, Wakil Perak Juara...

SHAH ALAM - Wakil dari negeri Perak, Sara Amelia Muhammad Bernard, diumumkan sebagai...

UMNO Sabah Sah Letak Calon Pada PRK Kimanis

KOTA KINABALU – UMNO Sabah semalam mengesahkan akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang bakal diadakan nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin berkata pihaknya mengenal pasti beberapa nama dan akan diumumkan sebelum penamaan calon PRK berkenaan.

ā€œMesyuarat hari ini memutuskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam PRK Kimanis dan kita mengenal pasti 2 atau 3 calon dan kita akan mulakan gerak kerja kita untuk menghadapi PRK berkenaan,ā€ katanya kepada Bernama selepas mensyuarat UMNO Sabah malam tadi.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas mengenai ura-ura yang mengatakan bekas Menteri Luar, Anifah Aman, ingin bertanding mempertahankan kerusi Parlimennya dalam PRK berkenaan atas tiket BN, Bung Moktar berkata UMNO Sabah terbuka mengenai perkara berkenaan.

ā€œSpekulasi seperti itu memang adaā€¦ namun kalau dia (Anifah) benar-benar ingin menyertai UMNO kita boleh bincangkan kerana UMNO sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pemimpin UMNO yang telah meninggalkan parti, tetapi kita perlu buat perbincangan secara terperinci.

ā€œKita tidak boleh menerima begitu sahaja kerana UMNO ini mempunyai sistem dan perlu dihormati semua pihak,ā€ katanya.


Mengenai kerjasama dengan parti pembangkang di Sabah untuk menghadapi PRK Kimanis, beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan dengan parti pembangkang lain seperti Parti Bersatu Sabah (PBS).

ā€œKita akan cuba berbincang dengan mereka kerana kita tidak mahu kita sesama pembangkang bertembung dalam PRK berkenaanā€¦ memandangkan ini adalah kerusi Umno, maka bagilah laluan dengan UMNO,ā€ katanya.

Ketika ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu perakuan daripada Mahkamah Persekutuan bagi mengambil tindakan selanjutnya untuk mengadakan PRK di kawasan Parlimen Kimanis yang kini kosong susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan Anifah selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Calon Parti Warisan Sabah, Karim Bujang memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket BN.

Pada PRU14, Anifah yang merupakan bekas menteri Luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi.

Kategori