Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kehilangan QZ8501 Singkap Tragedi...

Semalam (Ahad), pesawat Air Asia QZ8501 dilaporkan hilang dari pemantauan radar ketika melakukan...

Pendidikan Berteraskan Tauhid Konsep...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pendidikan terbaik...

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di...

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan yang dibalut sehelai kain ditemui ditinggalkan di...

Barbie Berhijab Jadi Bintang...

LONDON - Seorang pelajar sains perubatan warga Nigeria mencetuskan viral di media sosial...

Undi Tidak Percaya Terhadap Anwar ‘Hanya Acah’

KUALA LUMPUR – Gerakan undi tidak percaya terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim sekadar ‘mengacah’, kata ketua penerangan parti itu, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Katanya, tiada keperluan untuk membuat undi tidak percaya kerana parti tidak berfungsi seperti Parlimen.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada terdapat usul undi tidak percaya disalurkan ke dalam parti, Shamsul menafikannya.

Katanya, parti meneliti setiap usul yang dikemukakan berdasarkan mesyuarat tahunan yang diadakan dan mendapati tiada sebarang usul sedemikian diterima.

“Ini hanyalah usul pada minit-minit terakhir yang baru teringat nak cakap, jadi ini `acah’ sahaja.

“Lagi pun (usul ini) tidak utama. Ini bukan usul bahagian atau sebagainya. Ini hanyalah 2-3 anggota Pemuda yang baru kenal PKR,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, media melaporkan sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Anwar selepas timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali dan sekutu beliau menolak keputusan parti memecat 2 ahli baru-baru ini.


Naib ketua Pemuda PKR Lembah Pantai, Nazrin Idham Razali bersama beberapa ahli jawatankuasanya berkata, tindakan “mencantas” kepimpinan yang menyokong Azmin membawa kepada perpecahan yang teruk.

Dalam pada itu, Shamsul berkata, parti tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat cubaan menganjurkan kongres atau himpunan tahunan parti secara berasingan.

Ia susulan spekulasi mengatakan kumpulan Azmin bakal menganjurkan himpunan berasingan di tempat dan lokasi berbeza daripada yang ditetapkan.

“Kongres parti di mana mana pun tetap ada satu saja perhimpunan, tak boleh ada 2 perhimpunan,” katanya.

Kongres Nasional PKR dijadualkan berlangsung 6 hingga 8 Disember di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). – FMT

Kategori