Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Khas Pembentukan Kerajaan...

KUALA TERENGGANU - PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi menentukan bentuk kerjasama...

Kapal Diserang Houthi Karam...

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah,...

Lelaki Didakwa Sembelih Lembu...

NEW DELHI - Seorang lelaki Muslim tempatan yang didakwa menyembelih seekor lembu, dibelasah...

Jangan Gopoh Hukum PM...

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Panglima Shhrizat Abdul Jalil hari ini berkata,...

Zainul Rijal Hadir Beri Keterangan Isu Komunis

PRESIDEN Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hadir ke Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini untuk memberi keterangan berhubung isu komunis.

Beliau hadir kira-kira 2 petang untuk diambil keterangan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) bagi membantu siasatan.

Difahamkan, beliau dipanggil pihak polis untuk mendapatkan pandangannya berkaitan majlis memperingati Ulang Tahun Ke-30 Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989 di sebuah dewan di Kajang 1 Disember lalu dan abu mayat Chin Peng.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya memanggil Zainul Rijal hari ini untuk membantu siasatan.

“Kita ingin mendapat pandangannya sebagai seorang peguam berkaitan isu abu Ching Peng dan perjumpaan bekas anggota PKM bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Zainul Rijal ada menulis artikel menyatakan komunis bukanlah wira yang perlu dijulang sebaliknya pengkhianat negara, merosakkan negara dan mahu menjajah dengan menerapkan ideologi komunis mereka di negara ini. – myMetro Online

Kategori