Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kes Namewee Ke Pejabat...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan terhadap pemuzik kontroversi Namewee berhubung klip video berunsur...

Warga Emas Maut Selepas...

"SENTIASA pastikan mata anda pada jalan dan tangan pada stereng" itu merupakan nasihat...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada...

Masih Ingat Pasangan Ini?...

MASIH ingat lagikah anda kisah tular seorang pemuda berusia 28 tahun dari Pulau Mantehage,...

3 Maut Nahas 7 Kenderaan Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Tiga individu maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 246.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kuala Kangsar, malam ini.

Nahas berlaku kira-kira jam 10 malam melibatkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal itu turut mengakibatkan sembilan mangsa cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, panggilan mengenai kemalangan itu diterima pada jam 10.13 malam.

Status Plusline di Twitter memaklumkan kejadian kemalangan itu menyebabkan kesesakan sehingga 7km. 

“Anggota bersama jentera FRT Kuala Kangsar yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler.

“Terdapat mangsa yang tersepit dan operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya.


Menurutnya, operasi menyelamat dijalankan setakat ini berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.

“Sementara sembilan mangsa pula mengalami kecederaan di lokasi kejadian,” katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan aliran trafik dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora sesak sejauh 7km akibat lorong kiri dan kanan yang terhalang. – Sinar Harian

Kategori