Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rainbow Skywalk Tarikan Terbaharu...

GEORGE TOWN - Hanya beberapa individu bertuah berpeluang menjejak kaki ke tingkat atas...

Operasi Padam Kebakaran Gunung...

ALOR SETAR - Operasi memadam kebakaran hutan di Gunung Pulai, Baling yang berlarutan...

Tom Cruise Bakal Lamar...

KHABAR angin bertiup kencang di Hollywood mendakwa aktor Tom Cruise bakal melamar kekasihnya,...

“Logo Halal Sah” –...

TAIPING - Syarikat pengeluar makanan ringan berjenama ‘Umi Keropok Udang’ hari ini menjelaskan...

3 Warga China Dirawat Di Sungai Buloh Positif Koronavirus

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, tiga kes jangkitan coronavirus 2019-nCoV di negara ini, membabitkan pelancong warga China yang juga ahli keluarga kes positif yang dikesan di Singapura.

Ketiga-tiganya yang kini dalam kuarantin dan rawatan di Hospital Sungai Buloh terdiri daripada isteri dan dua cucu kepada lelaki berusia 66 tahun, yang menjadi kes pertama di negara jiran itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata ujian pengesanan dan pengesahan terhadap kesemua mereka diperoleh daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam tadi.

Katanya, keluarga berkenaan dilaporkan menaiki pesawat dari Guangzhou ke Singapura pada 20 Januari dan dua daripada mereka iaitu lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya didapati mempunyai gejala dan dimasukkan ke hospital di Singapura pada 22 Januari, sebelum disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS).

“Sembilan orang menaiki pesawat bersama lelaki berumur 66 tahun itu, iaitu isterinya, anak lelaki, menantu perempuan, dua orang cucu dan empat sekeluarga (kenalan rapat) yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dua anak mereka.

“KKM kemudian menerima makluman mengenai keputusan ujian positif dari KKS, yang juga memperincikan maklumat mengenai lapan ahli keluarga dan kenalan rapat yang berada di Malaysia.

“Melalui perkongsian maklumat itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor bertindak segera mengesan lapan individu berkenaan dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka,” katanya dalam sidang media di sini.


Dr. Dzulkefly berkata, saringan awal yang dilakukan KKM mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai jangkitan tetapi sampel klinikal tetap diambil untuk ujian pengesanan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh.

“Sepanjang tempoh itu, mereka dikuarantin mengikut Perintah Pemantauan dan Pengasingan oleh JKN Johor, sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.

“Mereka kini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan selanjutnya dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

“Manakala lain-lain yang dikesan adalah negatif bagi 2019-nCoV,” katanya. – BH Online

Kategori