Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mufti NS Sokong Kempen...

SYUKUR... Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menjadi antara individu yang sokong...

Ahmad Zahid Sampai Sumbangan...

JELI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Agong: Tangani Segera Krisis...

Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai...

Kelindan Maut, 3 Cedera...

KULAI – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut manakala tiga yang lain cedera...

35,000 Isi Rumah Terjejas Bekalan Air Akibat Amonia Di Muar

JOHOR BAHRU – Bekalan air kepada 35,000 isi rumah di daerah Muar mengalami gangguan selepas paras amonia yang tinggi dikesan di Sungai Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse, berkata Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) dan Ranhill SAJ, akan mengadakan mesyuarat tengah hari ini untuk berbincang bagi memulihkan sepenuh dan pembekalan semula ke kawasan yang terjejas.

“Maklumat terkini akan disalurkan selepas mesyuarat tengah hari ini. Pada masa sekarang, keadaan adalah stabil.

“Saya berharap semua pengguna dapat bersabar dengan keadaan sekarang dan kami masih bekerja sepenuh masa untuk memastikan pemulihan sepenuhnya (bekalan) air di kawasan terjejas,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp pagi ini.

Kerajaan Johor masih menyiasat punca pencemaran air yang dikesan semalam.


Ranhill SAJ berkata, bekalan air dari loji rawatan air Panchor 3 berkurangan 20 peratus akibat penurunan kualiti air mentah dari Sungai Muar.

“Siasatan menunjukkan bahawa paras amonia lebih 2.5 ppm hingga menjejaskan operasi loji rawatan air Panchor 3 kerana ia tidak boleh beroperasi di tahap maksimum,” kata pengendali khidmat air itu dalam laman webnya malam tadi.

Antara kawasan terjejas oleh kekurangan bekalan air ialah Pekan Bakri, Kampung Baru Bakri, Parit Haji Zin, Parit Haji Nor, kawasan perindustrian Bakri serta Jalan Air Hitam.

Kategori