Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penat Kerja 18 Jam,...

BEIJING: Menyedihkan pengakhiran seorang penghantar makanan di China, yang baru-baru ini meninggal dunia...

HMM Kini Berwajah Baharu,...

KUALA LUMPUR - Hospital Medan Malaysia (HMM) kini tampil dengan susun atur kemas...

Johan Dinobat Juara Super...

TAHNIAH diucapkan kepada pelawak Johan yang telah dinobat juara Super Sponton Superstar, sekali...

7 NGO Bergabung Tampil...

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh Badan Bukan Kerajaan (NGO) bergabung bagi menghantar tiga...

46 Pimpinan PKR Tuntut Henti Tindakan Disiplin Terhadap Zuraida

KUALA LUMPUR – Empat puluh enam pimpinan PKR termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menuntut tindakan disiplin yang dimulakan terhadap Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin dihentikan serta merta.

Menerusi kenyataan bersama diketuai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mereka melihat tindakan dan tekanan mendesak pemecatan Zuraida itu bermotifkan ‘mala fide’ kerana cemburu terhadap kejayaan dan ketokohan beliau sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut kenyataan itu, jika tindakan berkenaan tidak dihentikan, mereka akan membincangkan tindakan selanjutnya berdasarkan prinsip perjuangan PKR.

Kenyataan itu turut menjelaskan tekanan dan gangguan terhadap Ahli Parlimen Ampang itu adalah tindakan terpilih, berat sebelah dan berprasangka buruk.

“Tindakan ini hanya ditujukan terhadap sesetengah anggota parti tanpa menghiraukan beberapa tindakan provokatif lain yang dilakukan oleh beberapa pimpinan dan anggota lain yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan parti.

“Kami dengan ini sebulat suara menggesa semua pihak untuk menghentikan segala tindakan yang menggugat perpaduan anggota dan cuba meremehkan keyakinan rakyat terhadap kepemimpinan parti,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan Zuraida telah mempamerkan komitmen kerja yang cukup membanggakan serta budaya kerja yang cukup dinamik dalam kementerian.

“Beliau berjaya menterjemahkan reformasi dalam kerajaan menerusi dasar perumahan rakyat, memberdaya peranan pihak berkuasa tempatan dan ikhtiar mempertingkat kualiti kebersihan negara.

“Sebagai pemimpin parti, Zuraida memberi banyak sumbangan dalam aspek pembangunan kepemimpinan wanita dan usaha pemerkasaan akar umbi,” menurut kenyataan itu.

Pimpinan PKR itu termasuk 15 Ahli Parlimen menegaskan mereka kesal kerana terdapat usaha terancang untuk menggagalkan muafakat bagi memperkukuhkan sikap saling hormat menghormati dan persefahaman demi perpaduan parti.


Menurut mereka, aksi demonstrasi yang tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak di hadapan ibu pejabat parti, Sabtu lalu serta di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Selasa lalu mencalar dan menjejaskan imej PKR serta kerajaan.

Mereka turut membangkitkan tindakan pelucutan tujuh pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat melalui surat bertarikh 15 Januari jelas menyalahi peraturan dan melanggar proses dalam parti.

“Tindakan ini juga mencabuli prinsip perlembagaan parti dan proses demokrasi kerana mereka adalah pimpinan yang dipilih secara sah oleh akar umbi dalam pemilihan parti. Pelucutan mereka adalah pengkhianatan kepada suara akar umbi dalam PKR.

“Kenyataan terbuka beberapa Pengerusi MPN (Majlis Pimpinan Negeri) pada 19 Januari yang mendesak pemecatan Zuraida tambah mengeruhkan lagi keadaan memandangkan kita telah bermuafakat untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang provokatif secara terbuka.

“Tindakan mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab kepada Zuraida oleh Jawatankuasa Disiplin turut menambah ketegangan dalam parti,” kata mereka.

Sehubungan itu kesemua pimpinan berkenaan mahu Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR bertanggungjawab memainkan peranan untuk menerajui 2020 dengan semangat dan iltizam baharu yang memberi fokus kepada usaha penyatuan dan menyemarak perpaduan parti.

“Kami yakin dan percaya sekiranya muafakat dapat dicapai maka pelaksanaan agenda reformasi dapat direalisasikan, sekali gus menjamin prestasi dan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya. – BH Online

Kategori