Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Duduki Peperiksaan...

Nanjing - Seorang lelaki berusia 86 tahun dilapor menduduki gaokao, peperiksaan memasuki kolej...

Muhyiddin Sertai Sidang Kemuncak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Sidang Kemuncak...

17 Keluarga Dipindahkan Akibat...

KANGAR - Sebanyak empat pusat pemindahan banjir dibuka di Perlis setakat 4 petang...

Lelaki Didakwa Bunuh Anak...

AYER KEROH - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi...

Ackbal Panglima TUDM Yang Baharu

SUBANG – Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dilantik sebagai Panglima TUDM yang ke-19 berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Ackbal dipakaikan sendiri oleh Affendi di Pangkalan Udara Subang, di sini.

Selain itu, Affendi turut menyerahkan tongkat kuasa Panglima TUDM kepada Ackbal dalam majlis serah terima tugas jawatan nombor satu TUDM itu.

Sementara itu, Affendi dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Ackbal yang menurutnya adalah calon paling sesuai untuk menerajui TUDM.

“Saya yakin Ackbal akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan TUDM dan seterusnya memimpin TUDM ke arah wawasan TUDM untuk menjadi satu kuasa yang unggul,” katanya. 

Kategori