Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mekanisme Baharu Tangani Masalah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan pengurusan Felda perlu mencari mekanisme baharu untuk menyelesaikan...

Saingan 6 Penjuru Di...

PONTIAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 Nov ini...

Lapor SPRM Jika Ada...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta mereka yang mempunyai bukti...

Bhatia Ganti Tony Sebagai...

LONDON - Queens Park Rangers (QPR) melantik ahli perniagaan berketurunan British-India, Amit Bhatia...

Affendi Mulakan Tugas Panglima ATM Secara Rasmi

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jen. Tan Sri Affendi Buang memulakan tugas secara rasmi di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Panglima ATM ke-21 itu menggantikan Jen. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Majlis serah terima tugas berlangsung pada 2 Januari lalu.

Sejurus tiba di perkarangan bangunan itu, Affendi, 57, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat di Padang Kawad, Dataran Wisma Pertahanan sebelum menuju ke pejabat bagi memulakan tugas.

Affendi yang dilahirkan pada 21 Ogos 1962 di Kuching, Sarawak adalah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kedua dilantik sebagai Panglima ATM selepas Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

Sebelum pelantikan sebagai Panglima ATM, beliau berkhidmat sebagai Panglima TUDM sejak 21 Disember 2016.

Yang turut hadir pada majlis hari ini ialah Panglima Tentera Darat, Jen. Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Panglima TUDM, Lt. Jen. Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob. 

Kategori