Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

ICA Sita 2,041 Karton...

SINGAPURA - Sebanyak 2,041 karton dan 60 peket rokok tidak dijelaskan cukai dirampas...

4 Budak Lari Rumah...

KEPALA BATAS - Empat kanak-kanak lelaki yang melarikan diri dari Rumah Perlindungan Kanak-Kanak...

21 Kawasan Hulu Langat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kawasan di sekitar Hulu Langat sedang mengalami gangguan...

Kit Siang Tak Setaraf...

KUALA LUMPUR - Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk...

Amaran 3 Pasukan Bayar Gaji Pemain Atau Disingkir

SHAH ALAM – Tiga pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang belum membayar tunggakan gaji pemain diminta menyelesaikan isu itu selewat-lewatnya Mac ini atau berdepan penyingkiran oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, tindakan tegas itu ialah langkah terakhir untuk membendung masalah tunggakan gaji yang bukan saja membabitkan 3 pasukan berkenaan, tetapi juga beberapa pasukan lain dalam saingan Liga-M sejak beberapa musim lalu.

Beliau yang tidak menamakan pasukan itu berkata, First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM sudah memberi amaran terakhir kepada 3 pasukan itu untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

“Jika tunggakan gaji tidak dijelaskan sebelum 31 Januari ini atau persetujuan membayar gaji antara pasukan berkenaan dengan pemain tidak dipatuhi, pasukan itu akan ditolak 3 mata daripada saingan Liga (Super atau Premier).

“Jika sebelum 28 Februari ini masih belum dibayar, pasukan berkenaan akan ditolak 3 lagi mata dan sekiranya pada 30 Mac, perkara itu belum diselesaikan, pasukan tersebut akan dikeluarkan daripada Liga-M,” katanya selepas menghadiri pelancaran Liga-M 2020 yang disempurnakan Presiden FAM, Hamidin Mohd Amin di sini, hari ini.


Stuart berkata, jika disingkirkan daripada Liga-M, pasukan itu wajib menyelesaikan tunggakan gaji sepenuhnya kepada pemain dan membuat permohonan baru kepada FAM untuk menyertai Liga-M, bermula dengan liga bawahan.

“Kalau hutang berkenaan tidak dijelaskan (sepenuhnya), pasukan berkenaan tidak akan dibenarkan kembali bertanding. Sebagai contoh, sekiranya pasukan berkenaan dari Liga Super, mereka akan bertanding bermula dengan Liga Premier terlebih dahulu.”

Ahli lembaga pengarah MFL pada Februari tahun lepas memutuskan untuk menyingkirkan Perlis daripada saingan Liga-M 2019 selepas gagal memberi jaminan kewangan kukuh untuk meneruskan baki saingan liga.

Kategori