Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Cebisan Badan Dipercayai Mangsa...

LAHAD DATU - Cebisan badan dipercayai milik mangsa yang dilaporkan diserang buaya semalam,...

PAS Belum Putuskan Jalin...

SHAH ALAM - PAS belum memutuskan untuk menjalin kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu...

COVID-19: Perjalanan Eropah Ke...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump semalam menggantung perjalanan dari Eropah ke Amerika Syarikat...

AirAsia India Mula Penerbangan...

NEW DELHI - AirAsia India meluaskan operasinya ke Utara India dengan penerbangan sulung...

Anak Mat Sabu Diarah Bela Diri

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membela diri atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka tahun lalu.

Terdahulu, Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim ketika prosiding berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie di akhir pendakwaan terhadap Ahmad Saiful Islam Mohamad.

Ahmad Saiful kelihatan tenang dalam kandang tertuduh semasa Mohamad Aizat membuat keputusan tersebut sambil didengar orang awam yang turut memenuhi ruang duduk di dalam mahkamah berkenaan.

Mohamad Aizat membuat keputusan itu selepas meneliti hujah dan keterangan enam saksi.

“Daripada keterangan saksi, mahkamah mendapati rantaian kes pendakwaan tidak pernah terputus dan kes siasatan berjalan dengan teratur.

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keterangan dan hujahan, mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dan tertuduh diperintah untuk membela diri,” katanya.


Mahkamah kemudian menetapkan 13 Februari depan bagi tarikh bela diri.

Jun lalu media tempatan melaporkan, Ahmad Saiful dikenakan enam tuduhan mengambil dadah, namun dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Ahmad Saiful didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu dengan mengambil dadah THC di sebuah pusat hiburan, kira-kira jam 2 pagi pada 5 Januari 2019. – Sinar Harian

Kategori