Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

ABIM Bidas Mahathir Mahu...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membidas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun...

Saksikan Gerhana Bulan Penuh...

PORT DICKSON - Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama...

Remaja Meragut Sebab Terdesak...

MELAKA - Seorang remaja lelaki memberi alasan terdesak mahu berkahwin bulan depan, selepas...

12 Mangsa Ribut Di...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan 12 mangsa yang cedera petang semalam...

Anak Tempatan Kekal Terajui Prasarana, MAHB

PUTRAJAYA – Anak tempatan kekal bakal peneraju dua syarikat strategik pengangkutan negara iaitu Prasarana Malaysia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan yakin dengan kemampuan anak tempatan untuk menerajui syarikat berkenaan.

“Kedua-duanya adalah aset strategik yang penting kepada kerajaan dan jawatan itu dikekalkan untuk rakyat tempatan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan belum memuktamadkan individu yang akan mengisi kekosongan tersebut.

“Lembaga Pengarah Prasarana dan MAHB akan menyerahkan senarai nama,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan tandatangan Perjanjian Tambahan antara MRT Corporation dan MMC- Gamuda KVMRT kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT 2 di sini hari ini.

“Lembaga Pengarah Prasarana dan MAHB akan menyerahkan senarai nama,” katanya.


Turut hadir, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Pada 7 Januari lalu, Ketua Pegawai Eksklusif Prasarana, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain digantung daripada jawatan itu oleh lembaga pengarah.

Sehari sebelum itu, MAHB membuat pengumuman Raja Azmi Raja Nazuddin melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. – Sinar Harian

Kategori