Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Lagu `Country’ Diberi...

DIA mahu hidup lama lagi, kalau boleh sehingga hari jadi anaknya yang kedua...

PBNP Tak Rayu Keputusan...

KUANTAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak akan mengemukakan rayuan terhadap...

‘Telefon Bimbit Kuno’ Cetus...

Vienna - Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar...

Laudya Cynthia Bella Sambut...

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella ceria menyambut hari kelahiran...

Apa Manfaat Diskaun Tol PLUS Buat Pantai Timur, Sarawak, Sabah?

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Najib Razak mempertikaikan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengkritik tindakan Barisan Nasional (BN) membayar dividen 0.5% kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi PLUS Malaysia.

Najib berkata, Guan Eng seharusnya bertanya kepada pencarum KWSP yang jarang dan tidak menggunakan tol PLUS serta apakah manfaat yang mereka perolehi dari keputusan Kerajaan Pakatan Harapan mengurangkan 18% kadar tol itu.

“Dia (Guan Eng) kata ia lebih baik untuk beri diskaun 18% tetapi kena bayar tol 20 tahun lagi, berbanding menaikkan dividen KWSP sebanyak 0.5% setiap tahun dengan tidak lagi membayar pampasan tahunan, setelah melanjutkan tempoh tol 20 tahun lagi hingga 2058.

“Guan Eng perlu tanya pencarum KWSP yang jarang atau tidak menggunakan tol PLUS, mereka di pantai timur serta mereka di Sabah dan Sarawak, apakah manfaat yang mereka terima dari diskaun 18% untuk tol PLUS, setelah dividen tahunan KWSP kurang 0.5% setiap tahun,” katanya di Facebook.

Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18% bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS bermula seawal 1 Februari ini.

Lebuh raya yang dikendalikan PLUS Malaysia termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, LPT2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, dan Jambatan Pulau Pinang.

Pejabat Perdana Menteri berkata, susulan keputusan itu tempoh konsesi untuk semua lebuh raya PLUS dilanjutkan 20 tahun dari 2038 kepada 2058.


Khazanah memegang 51% kepentingan dalam PLUS, sementara KWSP memegang 49%.

Susulan keputusan Pejabat Perdana Menteri itu, Najib dan Guan Eng dilihat bertelingkah berhubung perkara berkenaan.

Menurut Guan Eng, pampasan tahunan yang dibayar PLUS kepada KWSP hanyalah bernilai 0.5% dan adalah lebih baik untuk memberi diskaun tol sebanyak 18%.

Guan Eng sebelum ini berkata, tidak ada pampasan yang akan dibayar Putrajaya kepada PLUS, susulan lanjutan konsesi tol dan pengurangan kadar tol 18%, berbeza dengan kaedah diguna BN yang membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya jika tidak ada kenaikkan tol. – FMT

Kategori