Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Lompat Kijang, Lompat Jauh’...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui tidak ramai ahli politik...

Tiada Keperluan PRK Di...

PUTRAJAYA - Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi...

Muhammad Afiq Puas Hati...

BRISBANE - Meskipun gagal meraih pingat pada aksi sulungnya hari ini, pelumba berbasikal...

Tiada Cadangan Tukar Hukuman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk menukar hukuman rotan sedia ada kepada...

Apa Salahnya Kerajaan BN Bayar Pampasan Kepada KWSP?

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Najib Razak membidas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa tidak seperti kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan sekarang tidak perlu membayar pampasan kepada konsesi lebuh raya.

Najib mempersoalkan apakah yang salah bagi kerajaan membayar pampasan tahunan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

“Apa yang dia cakap? Tidakkah dia tahu bahawa kami (BN) membeli semula sepenuhnya PLUS, yang diletakkan di bawah kerajaan/KWSP pada tahun 2011?

“Adakah ahli KWSP kini dianggap sebagai kroni,” katanya di Twitter.

Terdahulu hari ini, Guan Eng membidas Najib kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menaikkan kadar tol di lebuh raya PLUS selepas 2005.

Guan Eng berkata, tidak seperti BN, kerajaan sekarang tidak perlu membayar pampasan kepada konsesi lebuh raya.

Beliau berkata pada 2011, BN melanjutkan konsesi tol selama 20 tahun, tetapi membenarkan kenaikan kadar tol sebanyak 5% setiap 3 tahun.

Guan Eng berkata, di bawah Pakatan Harapan (PH), tiada pampasan dibayar dan tidak seperti formula tol BN, formula yang digunakan PH “lebih baik dalam setiap aspek”.

Sebelum ini di Facebook, Najib berkata, kadar tol lebuh raya PLUS tidak pernah naik semasa beliau menjadi perdana menteri.


Najib juga berkata, kerajaan BN memberi diskaun 20% dari September 2009 hingga Julai 2014 menerusi skim Rebat Tol Pengguna Kerap 1Malaysia.

Guan Eng juga berkata, tiada sebarang kenaikan kadar, selain pengurangan kadar tol sebanyak 18% itu.

Lebuh raya yang dikendalikan PLUS Malaysia termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, LPT2, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, dan Jambatan Pulau Pinang.

Khazanah memegang 51% kepentingan dalam PLUS, sementara KWSP memegang 49%.

Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju tiada kenaikan tol selama 38 tahun akan datang, apabila perjanjian konsesi tamat pada 2058.

Ia juga berkata, keputusan itu tidak akan menjejaskan kewangan kerajaan kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS. – FMT

Kategori