Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

DAP Yakin Perintah Johor...

KUALA LUMPUR - DAP mengulangi keyakinan parti itu konon akan dapat memerintah Johor...

AirAsia Tawar Tambang Promosi...

KUALA LUMPUR - AirAsia dan AirAsia X menawarkan promosi tambang istimewa bagi menyambut...

400 Terima Bantuan TN50...

REMBAU - Sebanyak 200 keluarga dan 200 murid sekolah rendah dari kawasan Parlimen...

Langkah BNM Bantu Ringgit...

KUALA LUMPUR - Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan aktiviti kontrak hadapan tidak...

Banjir Jakarta: 10 Pelajar Malaysia Kini Di Malaysia Hall

JAKARTA – Seramai 10 orang pelajar Malaysia kini ditempatkan di Dewan Malaysia Jakarta (Malaysia Hall) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir di Jakarta sejak semalam.

Menurut Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI), Prof. Mior Harris Mior Harun, semua pelajar itu dipindahkan dari kediaman mereka di Tanjung Duren, Grogol, Jakarta Barat pada petang semalam.

“Semua pelajar itu adalah pelajar perubatan Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA) dan mereka kini ditempatkan di Malaysia Hall sehingga keadaan mengizinkan untuk mereka pulang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata EMI masih melakukan pemantauan situasi semasa banjir dan mengesan pelajar lain yang berkemungkinan menjadi mangsa banjir.

Beberapa kawasan kota Jakarta dan bandar berhampiran Jakarta seperti Bekasi, Tangerang, Bogor dan Depok dilanda banjir teruk sejak semalam berikutan hujan lebat pada awal pagi semalam.

Setakat pagi ini, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) menyatakan 16 orang dilaporkan maut manakala lebih 30,000 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara.


Seorang pelajar UKRIDA yang ditempatkan di Malaysia Hall, Suhaima Izzatiey Amirah Suhaimi, 25, kawasan perumahan yang didudukinya sejak 3 tahun lalu tidak pernah mengalami banjir.

“Hujan lebat (malam sambutan Tahun Baru) dan berlarutan sehingga pagi.

“Air di kawasan rumah kami diami naik sehingga paras lutut (0.4 meter) dan kami berhubung dengan pihak Kedutaan Malaysia dan kedutaan meminta kami dievakuasi ke Malaysia Hall kerana bimbang jika keadaan banjir makin teruk,” katanya.

Kategori