Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sarawak Ingin Kongsi Keharmonian...

KUCHING - Menerusi teknologi terkini, Sarawak ingin berkongsi keharmonian kepelbagaian kaum yang dimilikinya...

Makin Ramai Rakyat Jepun...

SERIUS... Ikeida meninggalkan rumah sekali setiap tiga hari untuk beli makanan agar dapat...

Saling Melengkapi Demi Mencari...

Tumpat - Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya...

Kesempitan Hidup, Air Rebusan...

RAUB - Hidupnya serba kekurangan namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk mengabaikan...

Bapa, Anak 3 Tahun Rentung MPV Terbakar

DUA beranak rentung selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 10 pagi.

“Difahamkan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dinaiki tiga beranak sebelum terbabas dan terbakar.

“Dua mangsa iaitu seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun didapati rentung di dalam kenderaan itu, manakala isteri lelaki terbabit berjaya menyelamatkan diri.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. Maklumat lanjut mengenai kejadian ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.58 pagi.


“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah MPV didapati terbakar.

“Kenderaan mungkin melanggar penghadang jalan, terbabas dan terbakar di situ. Ia terbakar 100 peratus,” katanya.

Menurutnya, selepas api dipadamkan dan pemeriksaan dibuat menemui dua mangsa yang rentung di dalam kenderaan.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – myMetro Online

Kategori