Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Tunjang, Keutamaan RMK11...

KUALA LUMPUR - Rakyat menjadi tunjang serta keutamaan dalam semua usaha pembangunan negara...

Dikwan Atlet Para Pertama...

TAHNIAH... Juara Paralimpik 2016 di Rio, Brazil, Mohamad Ridzuan Puzi memahat sejarah muncul...

Bola Sepak Perlis Sedia...

KANGAR - Pasukan Perlis perlu berusaha lebih gigih terutama memantapkan persefahaman pemain muda...

Macam Mana Nak Kahwin...

KUALA LUMPUR - Jika bertemu Syafinaz Selamat, dua soalan klise yang sering diajukan...

Bayi Antara 3 Sekeluarga Maut Kereta Langgar Treler

TIGA sekeluarga meninggal dunia termasuk seorang bayi, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Sierramas di Sungai Buloh, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 1.58 tengah hari.

Katanya, kemalangan membabitkan Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang treler yang diletakkan di bahu jalan.

“Terdapat lima mangsa iaitu pemandu wanita, seorang remaja lelaki, seorang kanak-kanak dan dua bayi.

“Tiga disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua lagi cedera. Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis. – myMetro Online

Kategori