Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

20,000 Peluru Sukan SEA...

SINGAPURA - Sekurang-kurangnya 20,000 butir peluru yang sepatutnya bakal digunakan untuk pasukan penembak...

Denda Atau Penjara Beri...

BANGKOK – Pengunjung ke Thailand perlu berwaspada kerana memberi makan burung merpati di...

Luka Faisal Masih Belum...

SHAH ALAM : Luka pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim susulan kecederaan...

Lambang Cinta Al-Sultan Abdullah,...

SELAIN kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta...

Bekas Pemimpin UMNO Boleh Bertanding Pemilihan PPBM

HULU SELANGOR – Bekas ahli dan pemimpin UMNO boleh bertanding dalam pemilihan PPBM sekiranya bersih, kata Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi PPBM itu bagaimanapun menegaskan hanya mereka yang bersih dan bebas daripada sebarang aktiviti jenayah sahaja layak bertanding setelah menyertai parti itu selama setahun.

“Secara umumnya mereka (bekas ahli dan pemimpin UMNO) tidak dibenarkan (bertanding), tapi berdasarkan kepada beberapa kes, kita akan benarkan (mereka bertanding).

“Mereka tidak boleh bertanding, tapi kita beri pengecualian untuk beberapa kes yang tidak dikaitkan dengan mana-mana kes jenayah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan ke depot Damia Serendah dekat sini.

Mengulas keputusan PPBM menangguhkan pemilihan parti, Mahathir berkata, keputusan itu dibuat memandangkan proses pendaftaran ahli berhadapan masalah.

“Pendaftaran ahli PPBM berhadapan dengan pelbagai masalah,” katanya.


Mahathir berkata, mana-mana ahli yang bertanding boleh menggunakan pelbagai cara untuk berkempen asalkan tidak mengamalkan aktiviti rasuah.

“Mereka yang nak pegang jawatan tentu akan berkempen secara senyap-senyap atau terbuka. Itu kita tak dapat nak halang.

“Tapi kita nak supaya mereka yang bertanding adalah mereka yang betul-betul bersemangat, bukan orang yang dapat peluang untuk dapat jadi ketua bahagian supaya mereka jadi calon (pilihan raya) pada masa depan. Orang yang macam itu kita takkan bagi,” katanya.

PPBM akan mengadakan pemilihan bermula akhir Januari ini sehingga April 2020 melibatkan semua peringkat parti. – FMT

Kategori