Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Shabery Lancar Single DJ...

PUTRAJAYA - Penyanyi veteran Datuk DJ Dave hari ini memperkenalkan single terbarunya "Di...

India Ketepi Malaysia, Pilih...

INDIA - Para peniaga di India mengenepikan import minyak sawit Malaysia dan beralih...

5,652 Polis P.Pinang Bertugas...

GEORGE TOWN - Seramai 5,652 anggota polis ditugaskan di seluruh Pulau Pinang bagi...

Berhenti Jadi Jurutera Kerana...

TERNYATA di zaman serba canggih ini dengan menjadi popular di laman sosial boleh...

Bersih 2.0 Kritik Calon Warisan Ugut Pengundi Kimanis

PETALING JAYA – Bersih 2.0 hari ini mengkritik kenyataan calon Warisan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, Karim Bujang yang dilihat cuba mengugut pengundi dengan menyeru mereka mengundi parti kerajaan supaya pembangunan dapat dibawa ke kawasan itu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata parti kerajaan seharusnya bersaing dari sudut polisi, prestasi serta pencapaian dalam manifesto, bukannya mengugut rakyat dengan menahan pembangunan daripada dibawa masuk ke kawasan tertentu.

“Ini jelas tradisi politik lapuk dan ketinggalan zaman, serta ditolak rakyat Sabah yang inginkan politik negara lebih baik, dengan pilihan raya yang bersih dan adil. ‘Sabah Ubah’ dan Malaysia Baru adalah sia-sia tanpa anjakan paradigma yang sepatutnya diterajui Warisan-Pakatan Harapan (PH).

“Antara janji Warisan dan PH kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke-14 adalah untuk menghentikan kegagalan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat yang terpinggir, terutamanya nasib warga desa dan kawasan pendalaman.

“Tidak wajar mengugut dan menghukum rakyat sekiranya rakyat memilih calon lain bukan daripada parti pemerintah, menafikan hak rakyat untuk mendapatkan pembangunan lebih baik. Ini adalah bentuk diskriminasi kepada pembangunan setempat di kawasan pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Karim mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan bijak dengan mengundi parti kerajaan agar masa yang berbaki lebih 3 tahun sebelum pilihan raya umum akan datang dapat dimanfaatkan bagi membawa masuk pembangunan di Kimanis.

Bersih 2.0 pada masa sama turut mengkritik tindakan menteri-menteri daripada kerajaan Persekutuan dan negeri yang mengumumkan peruntukan sewaktu tempoh pilihan raya berlangsung, yang menurut gabungan itu merupakan tindakan salah guna sumber kerajaan bagi menarik pengundi.

“Kami menyelar kerajaan Persekutuan dan negeri mengumumkan peruntukan dalam tempoh pilihan raya walaupun sudah acap kali ditegur dan diingatkan,” katanya.

Sebelum penamaan calon, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menyerahkan cek RM140,000 kepada nelayan di Bongawan untuk baik pulih jeti.


Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong turut memberi bantuan banjir kepada pesawah padi terjejas dan nelayan yang menghadapi kesukaran akibat musim tengkujuh.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick pula mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi menaiktaraf jalan ke Surau Kampung Pantai Sri Gading, Membakut.

“Prinsip pilihan raya bersih dan adil sepatutnya menyediakan padang yang sama rata kepada semua calon. Walaupun pengumuman projek masih tidak menyalahi undang-undang namun adalah jelas ia sangat tidak beretika dan kempen pilihan raya secara kotor.

“Sekiranya parti kerajaan yang dulu semasa pembangkang memarahi UMNO dan BN kerana salah guna kuasa, namun apabila mendapat kuasa mereka pula membuat kesalahan sama. Warisan-PH tidak harus terus mengecewakan rakyat dengan perlahan-lahan menjadi BN 2.0 dengan teknik pilihan raya itu,” katanya.

Menurut jawatankuasa itu, Warisan-PH seharusnya ingat bahawa pentadbiran BN di bawah pimpinan bekas perdana menteri, Najib Razak secara konsisten menyalahgunakan kuasa semasa kempen dengan menggunakan pendekatan “Saya tolong kamu, kamu tolong saya”.

“Teknik tersebut terbukti tidak berkesan dalam PRK Tanjung Piai baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan calon daripada pembangkang,” katanya. – FMT

Kategori