Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Berperut Buncit...

ANGGOTA polis berperut buncit dan mempunyai berat badan berlebihan mungkin tidak akan dinaikkan...

AS Puji Kejayaan Qobin...

KUALA LUMPUR - Pencapaian penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai...

Aliran Trafik Di Beberapa...

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan...

Wanita Malaysia Koma Di...

KUALA LUMPUR - Sharipah Saadah Mohamed, rakyat Malaysia yang koma akibat serangan darah...

Britain Dapat Kelulusan Keluar EU

BRUSSELS – Parlimen Eropah memberi kelulusan kepada Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus membuka jalan bagi negara itu untuk keluar daripada blok tersebut pada hari Jumaat.

Selepas perdebatan penuh emosi emosi, yang mana beberapa perwakilan menangis, akhirnya penggubal undang-undang EU mengundi 621 untuk menyokong manakala 49 menentang perjanjian Brexit yang dimeteraikan antara Britain dan 27 negara anggota lain pada Oktober lalu.

Kelulusan ini diberikan selepas lebih daripada tiga tahun sejak rakyat Britain mengundi untuk keluar EU.

Terdahulu, duta besar Britain ke EU menyerahkan dokumen yang merumuskan Brexit kepada pegawai kanan EU.

Berlatarbelakangkan bendera British dan EU di ibu pejabat Brussels, Tim Barrow, tersenyum, menyerahkan fail kulit berwarna biru gelap dengan lambang United Kingdom.

Britain akan meninggalkan blok yang disertainya pada tahun 1973 pada tengah malam pada waktu Brussels (2300 GMT) hari Jumaat, yang mana bendera Britain akan dikeluarkan daripada pejabat-pejabat EU dan bendera EU akan diturunkan di sana United Kingdom.


Dengan tempoh peralihan status quo yang berjalan hanya sehingga akhir tahun, perbincangan baru – yang meliputi segala-galanya dari perdagangan kepada keselamatan – akan bermula tidak lama lagi untuk hubungan baru.

“Kami sedang menimbangkan perjanjian perdagangan bebas sifar, sifar kuota. Tetapi prasyaratnya ialah perniagaan EU dan Britain terus bersaing. Kami pastinya tidak akan mendedahkan syarikat kami kepada persaingan yang tidak adil,“ kata ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Ketua perunding EU, Michel Barnier memberitahu kepada 27 perwakilan bahawa perjanjian persekutuan yang longgar seperti EU dengan Ukraine harus menjadi asas bagi hubungan baru, kata sumber diplomatik.

“Kami tidak mahu rugi dalam isu-isu yang penting kepada kami,” kata Barnier, menurut sumber yang hadir dalam taklimat tertutup. – Agensi

Kategori