Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RM1 Juta Untuk Beri...

KANGAR - Kuala Perlis yang terkenal sebagai pusat makanan laut akan berubah wajah...

Ibu, Bapa Tiri, Bapa...

MERSING - Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah...

Kebersihan Diri Jadi Kluster...

PETALING JAYA - Penjagaan kebersihan diri akan dijadikan sebagai kluster kesembilan Dasar Komuniti...

Kes Tikam: Ibu Tak...

KLUANG - Ibu kepada Nursyafikah Ahmad Ismail, 24, yang maut ditikam bekas tunangnya...

Budak Perempuan Warga China Dibenar Keluar Dari HSNZ

KUALA TERENGGANU – Kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini Isnin lepas setelah mempunyai simptom koronavirus akan dibenarkan pulang hari ini setelah pulih daripada demam dan sakit tekak.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kanak-kanak itu yang hanya mengalami demam biasa dan sakit tekak sudah sihat sepenuhnya setelah menerima rawatan di HSNZ.

“Keadaannya stabil dan kita jangka kanak-kanak itu boleh discaj hari ini,” katanya menerusi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Isnin lepas, tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan warga China yang didakwa dilarikan oleh ibu bapanya dari Hospital Kemaman selepas disyaki dijangkiti koronavirus.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang doktor Hospital Kemaman untuk mengesan kanak-kanak tersebut dan tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu berjaya ditemui di lokasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kemaman.


Ibu bapa kanak-kanak itu yang merupakan warganegara China adalah pekerja di kawasan projek ECRL Kemaman dan mereka telah berada di Terengganu sejak awal bulan lepas.

Mereka telah memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membawa kanak-kanak perempuan itu ke HSNZ untuk pemeriksaan lanjut dan mendakwa bukan melarikan diri sebaliknya tidak memahami penerangan doktor tersebut berikutan masalah komunikasi bahasa.

Hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu mendapati beliau tidak memenuhi kriteria sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) atau sebagai pesakit koronavirus dan pihak hospital telah memberikan rawatan biasa kepada kanak-kanak itu.

Kategori