Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Indonesia Musnahkan Lebih 9...

JAKARTA: Semakin banyak vaksin COVID-19 tamat tempoh terpaksa dilupuskan sebelum memulakan program imunisasi...

ATM Perketat Kawalan Di...

KOTA BAHARU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand...

Adik Adam Difitnah Hidap...

SEBUT sahaja virus Zika, pastinya ramai antara kita menyedari betapa bahayanya epidemik penyakit...

TMJ Maklum Berkongsi Pandangan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan pertemuan...

Budak Warga China Lari Dari Hospital Ditahan Semula

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang dilarikan oleh ibu bapanya di Hospital Sultanah Aminah kerana disyaki dijangkiti coronavirus telah ditahan semula malam tadi.

Dia ditahan bersama ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 9.20 malam tadi.

Kanak-kanak dua tahun itu telah dikuarantin selepas selepas disyaki mempunyai simptom wabak coronavirus.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din mengesahkan laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Sultanah Aminah awal pagi semalam berhubung kejadian itu yang ditularkan i media sosial malam tadi.

“Mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya sambil memberitahu semua mereka telah dirujuk ke hospital berkenaan dan dikuarantin.


Semalam tular di laman sosial seorang doktor membuat laporan polis seorang kanak-kanak warga China dibawa keluar dari sebuah hospital oleh ibunya bapanya yang enggan anak mereka dikuarantinkan.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami simptom demam dan batuk dan dinasihatkan dikuarantinkan.

Kategori