Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Gunung Merapi Di Bali:...

KUALA LUMPUR – Letusan Gunung Agung di Bali, Indonesia terus mempengaruhi penerbangan ke...

Angka Korban Koronavirus Cecah...

BEIJING - Angka kematian akibat koronavirus di China melonjak kepada 1,110 di seluruh...

2 Pengedar Dadah Dicekup,...

Serdang : Kegiatan dua lelaki mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak enam...

Juara Snuker Dunia Kotakan...

MARK Williams mengotakan kata-katanya kepada dunia dan meraikan kemenangannya merangkul gelaran Kejuaraan Snuker...

Coronavirus: Doktor Di Hospital Hubei Maut

BEIJING – Seorang doktor di hospital di wilayah Hubei, China disahkan maut dipercayai akibat jangkitan virus coronavirus.

Memetik Twitter China Global Television Network, Liang Wudong, 62, yang berkhidmat di Hospital Hubei Xinhua adalah antara doktor yang bertanggungjawab menangani kes wabak coronavirus yang bermula di Wuhan.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kesihatan Wilayah Hubei mengesahkan 15 lagi kematian dan 180 kes baharu jangkitan coronavirus dikesan di wilayah itu ketika wabak itu semakin meningkat.

Wabak yang bermula di Wuhan, ibukota wilayah Hubei, mendorong China untuk meningkatkan langkah-langkah menyekat penularan virus termasuk menggantung pengangkutan awam di 10 bandar raya, menutup kuil sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dan menutup sebahagian Tembok Besar.

Coronavirus yang baru dikenal pasti mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan betapa mudah ia boleh disebarkan antara manusia.

Ia boleh menyebabkan radang paru-paru, yang menyebabkan kematian dalam beberapa kes. – Agensi

Kategori