Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pihak Swasta Disaran Bantu...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan sektor swasta untuk sama-sama terlibat...

KL-Singapura Laluan Penerbangan Tersibuk...

KUALA LUMPUR - Laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura, dengan 30,187 penerbangan setahun, merupakan laluan...

Ketua Penceroboh Lahad Datu...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ketua penceroboh...

Gelar ‘Macai Politik’, Syed...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari...

Coronavirus: Singapura Sahkan Kes Import Keempat

SINGAPURA – Singapura mengesahkan kes import keempat jangkitan coronavirus Wuhan di republik itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam kenyataan berkata, kes keempat yang disahkan itu melibatkan seorang lelaki warga China berumur 36 tahun dari Wuhan yang tiba bersama keluarganya di Singapura pada 22 Januari.

Menurut MOH, beliau ketika ini dirawat di wad isolasi Sengkang General Hospital (SKH) dan keadaannya stabil.

Katanya, beliau dilaporkan asimptomatik semasa penerbangan ke Singapura.

“Beliau mengalami batuk pada 23 Januari dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan SKH pada hari berikutnya.

“Beliau disyaki dijangkiti virus itu dan segera diasingkan,” kata kenyataan itu.


MOH berkata, keputusan ujian berikutnya mengesahkan jangkitan coronavirus pada 9.30 malam, 25 Januari.

“Sebelum dimasukkan ke hospital lelaki itu tinggal di Village Hotel Sentosa,” katanya.

Katanya, ia telah memulakan penyiasatan epidemiologi dan pengesanan sentuh bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai kontak rapat dengan lelaki itu.

“Kes pertama jangkitan virus itu diumum pada 23 Januari dan dua lagi pada hari berikutnya,” katanya.

Kategori