Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dr Noor Hisham Terima...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Tol Percuma, Diskaun Sabtu...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun melibatkan 30 lebuh...

Gempa Bumi: 11 Pelajar...

PUTRAJAYA - Sebanyak 11 dari kesemua 18 pelajar Malaysia di daerah Kumamoto, Jepun...

Bangun Pelan Tindakan Kebangsaan,Tangani...

 KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani...

“Diploma UK Saya Bukan Palsu” – Calon Warisan

KIMANIS – Calon Warisan bagi Pilihan Raya Kecil Kimanis, Karim Bujang menafikan dakwaan diploma yang diperolehi dari sebuah universiti di United Kingdom adalah palsu.

Katanya, beliau mendapat diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan yang setaraf ijazah itu selepas melanjutkan pelajaran selama 2 tahun di UK atas tajaan Perbadanan Ekonomi Sabah (Sedco).

“Saya diberi cuti belajar dengan gaji penuh pada 1977 dan 1978 oleh Sedco, memang ada salinan sijil, saya minta kita jangan gaduh, jangan tuduh saya memalsukan sijil.

“Sijil ini saya peroleh 40 tahun lepas, ada yang antara kamu belum lahir, jadi bila keluar di Facebook, anak saya terpanggil untuk buktikan bapa mereka ini bukanlah seorang penipu atau tukang pemalsu ijazah,” katanya di pusat mengundi daerah Batu 6 dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Karim berkata, Barisan Nasional (BN) sengaja mempolitikkan cadangan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) dan menjadikannya bahan kempen pada PRK Kimanis, sedangkan idea itu datang daripada BN sendiri dan kajian dilakukan sewaktu parti pembangkang berkenaan memerintah negara.


“Namun ditakdirkan kerajaan BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14.”

Bagaimanapun, katanya, idea pelaksanaan PSS diteruskan kerana kerajaan negeri sedia ada pimpinan Warisan dengan kerjasama Pakatan Harapan melihat sebarang cadangan demi kebaikan akan cuba dilaksanakan walaupun idea asalnya datang daripada kerajaan negeri terdahulu.

Kategori