Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mosti Perluas Program Inovasi...

KOTA KINABALU - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan memperluas program Jejak...

Kerajaan Teliti Pelbagai Faktor...

SABAK BERNAM - Kerajaan sedang meneliti semua faktor berkaitan isu pemotongan dan pemutuan...

Abdul Hadi Dinasihat Doktor...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan untuk berehat...

Sejauh Mana Pakistan Berubah...

IMRAN Khan, bekas pemain kriket terkemuka Pakistan telah memenangi pilihan raya umum Pakistan...

Fenomena ‘Hutan Kristal’

RANAU – Pendaki Gunung Kinabalu ketika ini berpeluang menyaksikan fenomena digelar ‘hutan kristal’ apabila suhu menurun sehingga -2 darjah celcius menyebabkan tumbuhan di kawasan Panalaban diseliputi ketulan ais.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki, berkata kejadian air atau embun pada tumbuhan kecil bertukar menjadi ketulan ais itu dilaporkan mula berlaku sejak jam 5 pagi, kelmarin.

“Perkara ini sebenarnya biasa berlaku apabila cuaca terlalu sejuk ketika musim kemarau, menyebabkan tumbuhan kecil berhampiran sungai atau takungan air diseliputi ais.

“Kejadian itu berlaku beberapa kali setiap tahun dan tidak kekal dalam tempoh panjang. Sebaik matahari terbit, ais akan cair dan tumbuhan akan kembali kepada bentuk asal,” katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di sepanjang lereng kaki gunung itu bermula di kilometer 6.5 sehingga kilometer 8.


“Kejadian ini sama seperti takungan air bertukar menjadi ketulan ais yang ditemui di puncak Gunung Kinabalu sebelum ini namun kali ini tempoh suhu rendah lebih lama.

“Ia berlaku setiap tahun dan peluang itu digunakan pendaki untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan ‘hutan ais’,” katanya. – BH Online

Kategori