Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

18 Individu Berkumpul Main...

Polis menahan dan mengenakan kompaun ke atas 18 individu termasuk empat wanita kerana...

Rebecca Nur Islam ‘Perang...

MINGGU ini, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita mengenai pelakon, Rebecca Nur Al...

Projek Solar: Bekas Menteri...

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri kabinet sekali lagi hadir di ibu pejabat Suruhanjaya...

RM10 Juta Bangun Pasar...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka telah memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi membangunkan Pasar...

Harga Minyak Jatuh, Pelabur Bimbang Kesan Koronavirus

TOKYO – Niaga hadapan minyak jatuh pada hari Selasa, meneruskan kerugian pada sesi keenam susulan penyebaran virus baru di China dan menimbulkan kebimbangan kepada negara-negara lain terhadap pertumbuhan ekonomi dan permintaan minyak yang lemah.

Minyak mentah Brent turun AS$0.15 atau 0.3% kepada AS$ 59.17 pada sekitar 0114 GMT, merekodkan paras rendah tiga bulan pada hari Isnin iaitu pada AS$ 58.50 setong.

West Texas Intermediate pula susut AS$0.12 atau 0.2%, kepada AS$ 53.02, selepas jatuh pada tahap terendah sejak awal Oktober pada sesi pada AS$ 52.13.

Amerika Syarikat  telah memberi amaran terhadap perjalanan ke China dan negara-negara lain turut mengeluarkan nasihat sama selepas angka kematian akibat koronavirus meningkat kepada lebih 100 orang.

Pelabur minyak bimbang nasihat perjalanan, peraturan yang berkaitan koronavirus dan sebarang kejatuhan dalam pertumbuhan ekonomi China dan di tempat lain akan melembapkan permintaan ke atas minyak mentah dan produknya, di tengah-tengah bekalan yang banyak.


“Permintaan terhadap bahan bakar pesawat telah memberi impak negatif berdasarkan pemerhatian sebenar kami terhadap aktiviti penerbangan China,” kata RBC Capital Markets dalam nota penyelidikannya.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat kemungkinan naik minggu lalu, menurut tinjauan Reuters, yang menggariskan kebimbangan bekalan. – Agensi

Kategori