Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

69 Peratus Penduduk Islam...

WASHINGTON - Majoriti penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS) iaitu 69 peratus, memilih...

Sepanyol Bantu Vietnam Bangunkan...

BANDARAYA HO CHI MINH - Kerajaan Sepanyol telah berjanji untuk menyalurkan bantuan kewangan...

Salih Yaacob: Pernah Buat...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles APABILA beliau berada di atas pentas dan beraksi, sukar...

Mahathir Kini Mahu China...

SELEPAS mengutuk projek-projek pelaburan China di Malaysia sebagai menggadai negara kepada China, Tun...

Harga Petrol RON97 Naik 2 Sen Kepada RM2.65 Seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.65 bagi tempoh 4 Januari hingga 10 Januari.

Kementerian Kewangan berkata, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing adalah RM2.35 seliter dan RM2.43 seliter.

Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.33 seliter dan diesel RM2.39 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 4 Januari 2020 sehingga 10 Januari 2020 adalah berjumlah RM128.24 juta, kata kementerian itu.

Kategori