Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

WUF9 Catat Penyertaan Luar...

KUALA LUMPUR – Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang dihoskan oleh Malaysia mencatatkan...

Uji Rashid Dianugerah Asean...

PENYANYI veteran terkenal Uji Rashid telah dikurniakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Asean Outstanding...

Indonesia Marah Bos AirAsia...

JAKARTA – Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan pada Jumaat kesal dengan kenyataan Ketua...

Kesian.. Bayi Berkedut Dibuang...

INDIA – Malang menimpa bayi yang tidak berdosa ini apabila ibu bapanya enggan...

Harga Petrol RON97 Turun 8 Sen Seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 turun lapan sen seliter kepada RM2.41 seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 1 Februari hingga 7 Februari 2020.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 seliter dan RM2.18 seliter masing-masing.

Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.19 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 1 Februari hingga 7 Februari adalah sebanyak RM10.43 juta.

Kategori