HONG KONG – Pihak berkuasa Hong Kong mengesahkan kes pertama virus korona baharu di negara itu.
Laporan stesen penyiaran RTHK yang memetik sumber tidak dinamakan menyebut, pesakit terbabit telah dikuarantin di hospital Queen Elizabeth.
Pesakit itu tiba di Hong Kong melalui kereta api berkelajuan tinggi dari tanah besar China.
Wabak yang bermula di Wuhan telah merebak ke lebih banyak bandar raya China termasuk ibu kota Beijing, Shanghai dan Macau dan kes dilaporkan telah menular keluar sempadan negara di Korea Selatan, Thailand dan Jepun. – Agensi