Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Membazir Dalam...

KUCHING - Rakyat Malaysia membazir dalam penggunaan air berbanding penduduk di negara-negara lain...

31 Maut Minum Arak...

PATNA: Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan beberapa lagi dimasukkan ke hospital akibat minum...

RM32 Juta Untuk Selesaikan...

KUCHING - Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air...

Rupa Samsung Galaxy S6...

VERUS, syarikat pembekal cengkerang bagi Samsung Galaxy S6 secara tidak sengaja telah membocorkan gambar...

Ibu bapa Nora Anne Saman Operator Resort

PETALING JAYA – Ibu bapa remaja Ireland Nora Anne Quoirin yang meninggal dunia ketika bercuti di Negeri Sembilan tahun lepas memfailkan saman sivil terhadap operator resort tempat mereka menginap ketika kejadian.

Peguam SN Nair yang mewakili keluarga itu berkata, peringkat pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 21 Januari ini di Mahkamah Sesyen Seremban.

Saman berkenaan difailkan oleh bapa dan ibu Nora, iaitu Sebastian dan Meabh Quoirin terhadap operator Dusun Resort, Helen Marion Todd.

Mereka mendakwa Helen gagal memastikan keselamatan dan sekuriti premis terbabit, bahawa pengunci tingkap bilik mereka tidak berfungsi dan resort berkenaan tidak mempunyai atau memasang sistem CCTV.

Mereka menuntut ganti rugi lebih RM150,000.

Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos tahun lepas dan ditemui meninggal dunia dalam satu gaung kira-kira 2.5m dari resort selepas operasi mencari selama 10 hari.


Post mortem menunjukkan beliau meninggal dunia kerana pendarahan gastrointestinal, mungkin disebabkan lapar atau tekanan. Pihak berkuasa berkata, tiada perbuatan jenayah terlibat.

Bapa Nora, Sebastien Quoirin memberitahu akhbar Ireland bahawa keputusan itu tidak menjelaskan bagaimana Nora Anne yang menghidapi masalah pembelajaran, ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dalam gaung tersebut.

Keluarga tersebut menimbangkan kemungkinan membuat satu permohonan rasmi bagi memulakan inkues koroner ke atas kematiannya kerana mereka percaya kematian beliau menimbulkan banyak persoalan.

Meabh Quoirin sebelum ini berkata, Nora Anne “sangat pemalu” dan “tidak akan keluar melampaui pintu depan rumah keluarganya seorang diri, apatah lagi merayau seorang diri dalam hutan”. – FMT

Kategori