Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nekmat Galak Pengguna Pilih...

SEREMBAN - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan pengguna membeli ikan segar beku...

PAU 2023: ‘Orang Lain...

KUALA LUMPUR : “Orang lain sibuk TikTok, kita masih guna Facebook.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian reaksi...

Seorang Kanak-Kanak Dan Remaja...

KUALA LUMPUR - Banjir di pantai timur mengorbankan dua nyawa semalam melibatkan seorang...

“Dia Sering Telefon Waktu...

TUMPAT - Luluh hati isteri apabila suami tercinta tiba-tiba pergi menghadap Ilahi dalam...

Ibu Puteri Balqis Tolak Bantuan

IBU kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menolak untuk menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia berat hati untuk menerima bantuan itu kerana berasakan ramai lagi yang layak diberikan bantuan.

“Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan bosan nak bantu.

“Dalam masa sama, saya tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Bayangkan kalau suatu hari nanti ada pihak pertikai dan ungkit semua yang dibantu. Saya takut semua itu berlaku. Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri.

“Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish (Balqis) masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya,” katanya.

Selain itu, Norashikin turut menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka.

“Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam proses. Ia buat saya serba salah.

“Saya merasakan ramai lagi orang susah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi malas,” katanya.

Terdahulu, Seniman menerusi Presidennya, Zed Zaidi memaklumkan mereka kini dalam perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Nadzri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu keluarga Puteri Balqis melalui projek Perumahan Seni Harapan.


Norashikin berkata, dia masih meneruskan aktiviti menjual buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis selain sibuk membuat penghantaran secara kiriman pos dan ‘cash on delivery’ (COD).

Norashikin juga meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan mesej yang dihantar.

“Saya buat kerja seorang diri. Setiap hari saya perlu uruskan penghantaran buku. Kalau ada yang nak COD, saya kena pergi hantar pula.

“Memang ada banyak panggilan dan mesej masuk. Saya minta maaf kalau tidak sempat nak balas satu persatu. Saya perlu selesaikan dulu urusan buku ini. Saya takut jika terlepas pandang bagi yang sudah buat pembayaran.

“Saya pernah tidak tidur dua hari sebab nak periksa satu persatu mesej orang yang beli buku. Begitu juga kalau ada yang memberi sumbangan, saya tetap nak kirim buku pada mereka,” katanya.

Mengenai buku yang dijual, Norashikin berkata, dia perlu menghabiskan dulu 1,000 naskhah yang sudah dicetak.

“Sebagai permulaan kami mencetak sebanyak 1,000 naskhah. Nak jual 30 pun susah, inikan pula 100. Tapi, selepas kisah Aqish keluar di Harian Metro dan program Bersamamu, ramai yang buat pesanan nak beli. Insya-Allah, kalau sudah habis kami akan keluarkan edisi Bahasa Melayu pula sebab ramai yang tunggu dan bertanya,” katanya. – myMetro Online

Kategori