Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rumah Tangga Kim K,...

KISAH rumah tangga pasangan selebriti terkenal antarabangsa Kim Kardashian dan Kanye West sekali lagi...

Raja Jordan Ketuai Skuadron...

AMMAN — Seumpama filem Independence Day, kematian tragis Leftenan Muath Safi Yousef al-Kasasbeh membuat...

3 Ditahan Bersama Dadah...

BUTTERWORTH - Tiga individu, termasuk sepasang kekasih yang dipercayai pengedar dadah, ditahan polis...

Jho Low Dibawa Balik...

RANTAU PANJANG - Polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu ahli perniagaan,...

Import Minyak Sawit Oleh India Mungkin Cecah Paras Terendah

MUMBAI – Import minyak sawit Malaysia bulanan oleh India mungkin turun ke paras terendah dalam tempoh hampir 9 tahun pada Januari apabila pedagang menghentikan pembelian minyak tropika itu dari Kuala Lumpur susulan arahan tidak rasmi New Delhi, kata pedagang dan penapis kepada Reuters.

Import lebih rendah oleh India, pengimport minyak sawit terbesar dunia, boleh memberi kesan pada harga Malaysia yang diperbetul hampir persepuluh selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh 3 tahun bulan ini.

Dalam minggu kedua Januari, New Delhi secara sulit menggesa pengimport minyak sawit memboikot produk Malaysia selepas perdana menteri mengkritik tindakan India di Kashmir dan undang-undang kewarganegaraan barunya.

Beberapa pedagang berharap firma dagangan yang dijalankan kerajaan akan membeli minyak sawit bertapis daripada sistem pengedaran awam secara “floating tender”, tetapi harapan itu tidak menjadi kenyataan.

“Tiada orang beli minyak sawit mentah Malaysia (CPO) atau palmolein untuk penghantaran Februari. Tiada tender terbuka daripada agensi kerajaan setakat ini,” kata seorang pedagang di Kuala Lumpur.

India akan mengimport kurang daripada 70,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari, yang terendah sejak April 2011 dan lebih rendah daripada 253,889 tan yang diimport pada Januari 2019, kata pedagang dan penapis.

Pada Februari, import mungkin kurang daripada 10,000 tan kerana hampir setiap pembeli India beralih kepada Indonesia, kata mereka.

“Pedagang menghentikan pembelian dari Malaysia selepas kerajaan memberikan arahan lisan. Penghantaran bulan ini daripada kontrak yang ditandatangani sebelum arahan kerajaan,” katanya seorang pembeli di Mumbai dengan sebuah firma dagangan global.


Pada 2019, India mengimport 4.4 juta tan minyak sawit dari Malaysia, dengan purata import bulanan 367,459 tan, menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Penjual Indonesia sekarang ini mengenakan premium sekitar 25% setan berbanding bekalan CPO dari Malaysia, tetapi “kami tiada pilihan kecuali beli,” kata seorang penapis India, yang mengalihkan pembelian sepenuhnya kepada Indonesia.

Import minyak sawit Indonesia oleh India sekitar 550,000 tan pada Januari, kata Sandeep Bajoria, ketua pegawai eksekutif Sunvin Group, pengimport minyak sayuran di Mumbai.

Indonesia penghasil minyak sawit terbesar dunia, diikuti Malaysia.

Minyak sawit mewakili hampir 2/3 import minyak makan India. India membeli lebih 9 juta tan minyak sawit setiap tahun, kebanyakannya dari Indonesia dan Malaysia.

“Dalam bulan-bulan akan datang, import dari Malaysia oleh India mungkin tidak banyak, kecuali kerajaan India mengubah pendirianya,” kata seorang pengimport di Indore. – Agensi

Kategori