Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Wanita Mabuk & Lelaki...

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol semasa ditahan...

Watak ‘Cikgu Suraya’ Trending...

SIAPA cikgu Suraya ni? Bila tiba sahaja sambutan hari guru pastinya nama ini...

Nadal Kembali Berbisa Di...

ROME - Rafa Nadal kembali menguasai gelanggang tanah liat pada musim ini apabila...

Najib – Kerjasama UMNO...

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, satu kesedaran perlu wujud bagi...

Iran Bedil Pangkalan Tentera AS Guna Peluru Berpandu

IRAN melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi tadi.

Antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.

Serangan tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Namun, tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.

“Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu,” menurut kenyataan Hoffman.

Setiausaha Akhbar White House, Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan itu dan kini memerhati rapat situasi terkini sambil mendapat nasihat pasukan keselamatannya. – Agensi

Kategori