TEHRAN – Iran semalam tidak mahu menyerahkan kotak hitam pesawat Ukraine yang terhempas baru-baru ini kepada negara lain untuk penyahkodan, lapor agensi berita Xinhua memetik Press TV.
“Kotak hitam itu harus kekal dengan pasukan Iran yang menyiasat nahas tersebut,” kata Menteri Pengangkutan Iran, Mohammad Eslami.
Tambah beliau, perakam data itu perlu dianalisis oleh pasukan penyiasat nahas di Pertubuhan Penerbangan Awam Iran.
Pada 8 Januari, pesawat Boeing 737-800 yang dalam penerbangan dari Tehran ke Kyiv terhempas berhampiran Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran mengorbankan 176 penumpang termasuk anak kapal.
Kemudian tentera Iran mengakui tidak sengaja tertembak pesawat penumpang itu.