Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tindakan Tegas Banteras Tonto,...

KOTA BHARU - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan menyarankan tindakan tegas perlu...

Anak Lelaki Osama Impi...

ANAK lelaki bekas pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda, Hamza Laden baru-baru ini menyiarkan sebuah...

Mayat Kelima Nahas Helikopter...

KUCHING - Mayat kelima nahas helikopter di Sungai Batang Sadong di Sri Aman,...

Singapura Kutuk Serangan Keganasan...

SINGAPURA - Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkembar di gereja St George di Tanta...

Iran Isytihar 3 Januari Hari Penentangan Antarabangsa

TEHERAN – Iran telah mengisytiharkan tarikh 3 Januari sebagai Hari Penentangan Antarabangsa, menurut laporan Tehran Times.

Menurut Pentagon, serangan udara yang menyebabkan kematian komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani pada tarikh tersebut adalah perintah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Serangan sama turut mengorbankan timbalan komander anti pengganas Pasukan Mobilisasi Popular Iraq (PMF), Abu Mahdi al-Muhandis.

Soleimani diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai komander legenda dalam perjuangannya menentang kumpulan militan Daesh.

Pegawai di Teheran dan jeneral lain di dunia mengecam tindakan Trump membunuh Soleimani dan menyifatkan ia sebagai tindakan perang ke atas Iran.

Iran turut berikrar untuk membalas balik serangan AS atas kematian komandernya. – Agensi

Kategori