Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Inilah ‘Cover’ Lagu...

GELOMBANG media sosial zaman sekarang telah berjaya mencungkil banyak bakat terpendam dalam masyarakat.Malah, ramai selebriti lahir...

PUNB Minta MAHB Kaji...

SEPANG - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB)...

Letupan Di Gurun Kedah...

Polis negeri Kedah percaya kejadian letupan yang berlaku di Taman Ria Mesra 2,...

Deretan 10 Kedai Di...

IPOH - Sepuluh kedai termasuk sebuah muzium yang mempamerkan koleksi sejarah hangus dalam...

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei

PUTRAJAYA – Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan hari ini susulan penularan koronavirus di wilayah berkenaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, jawatankuasa itu diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama dengan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

“Jawatankuasa itu bertujuan mengatur proses membawa pulang warga Malaysia dan keluarga mereka dari kota Wuhan di wilayah Hubei, China.

“Gerak misi bantuan sedang diatur dengan Wisma Putra bagi mengumpul jumlah sebenar rakyat Malaysia untuk dibawa pulang,” katanya pada sidang media perkembangan terkini isu koronavirus di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, Wisma Putra turut meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa China berhubung misi itu.

Katanya turut menganggotai jawatankuasa itu adalah syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines Berhad.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian akan menerima tambahan 25 mesin pengimbas suhu badan yang akan ditempatkan di 61 pintu masuk antarabangsa di seluruh negara.


Jelasnya, Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan jangkitan itu melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa KKM kurang efisien dalam menangani masalah koronavirus.

Tegasnya, KKM telah mengambil langkah proaktif, menjangkau saranan WHO.

Setakat ini, lapan individu disahkan positif koronavirus di negara ini dengan kesemua kes itu melibatkan warganegara China.

Kategori