Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peminat Star Wars Dapat...

Seorang peminat Star Wars mendapat hadiah yang paling tidak akan dilupakannya apabila ibunya...

Anak, Menantu Rosmah ‘Amuk’...

BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila anak hasil perkahwinan pertama isteri bekas...

Sekolah Rendah Lebih 600...

PUTRAJAYA : Sekolah rendah yang mempunyai jumlah enrolmen melebihi 600 pelajar, dikehendaki mengadakan...

Nadal Panaskan Perburuan Emas...

RAFAEL Nadal akhirnya memastikan bakal mengukuhkan Sepanyol dalam memburu pingat emas di Olimpik Rio...

Jumpa Mahathir Bukan Nak Masuk PH – Hadi

MARANG – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berhasrat memohon jawatan dalam barisan Kabinet kerajaan, susulan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad minggu lalu.

Abdul Hadi berkata, pertemuan disertai bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar itu juga tidak membincangkan isu politik sebagaimana didakwa segelintir pihak.

“Saya jumpa dengan semua perdana menteri, masa dia (Tun M) jadi perdana menteri dan tidak jadi menteri pun saya jumpa, tiada apa-apa kepentingan pun termasuk sekarang.

“Bukan saya mahu minta masuk dalam Kabinet, kita pergi bukan minta nak masuk kerajaan, tidak payah rungsinglah. Kita tidak masuk campur urusan lain dan kita tiada hasrat nak masuk PH.

“Kita minta hal lain, urusan negeri yang kita perintah. Lebih kepada urusan kerajaan negeri dengan Pusat dan hubungan kepentingan Islam,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila selepas menyampaikan kuliah mingguan hari ini.

Ditanya kesediaan beliau berjumpa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mahu bertemu dengannya, Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa beliau boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja jika perlu.


“Saya jumpa dengan orang bila perlu, kalau tiada keperluan saya tidak jumpa. Saya anggap perlu baru saya jumpa,” katanya.

Sebelum ini, timbul spekulasi pertemuan Abdul Hadi dan Dr. Mahathir adalah bagi membincangkan strategi bagi mengubah landskap politik negara.

Susulan itu, Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk Abdul Hadi. – Sinar Harian

Kategori