Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Dunia Turun...

HARGA Minyak Dunia terus mencatatkan penyusutan sejak minggu lalu dalam paras harga yang...

Ambil Iktibar Kesan Pemansuhan...

KUALA LUMPUR - Apa yang berlaku selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)...

Isu Gadis Bertudung Dipeluk...

RENTETAN isu gadis berhijab merelakan diri 'dicabul' artis dari Korea, B1A4, ramai pihak masih...

Johor Tidak Turunkan Had...

JOHOR BAHRU - Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan...

Kanak-Kanak 10 Tahun Ditemukan Mati Tergantung

KAJANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Bandar Damai Perdana Cheras di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh ibu bapanya dalam keadaan tergantung dengan tali di leher dan terikat pada pemegang tangga jam 5.30 pagi.

Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital swasta namun disahkan meninggal dunia.

“Siasatan mendapati anak sulung daripada dua beradik itu kali terakhir dilihat masih hidup pada jam 9 malam kelmarin, sebelum masuk tidur.

“Polis tidak menemui sebarang perbuatan yang boleh mengaitkan dengan perbuatan jenayah.


“Keterangan kesemua ahli keluarga telah diambil tidak menunjukkan sebarang kejadian mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan oleh pakar Hospital Serdang juga mendapati tiada kesan kecederaan lain yang berunsur jenayah dan tiada serangan seksual.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Kategori