Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Mohon Lepas Tanpa...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon agar beliau...

Kombinasi Pengalaman Pelbagai Bidang,...

BARISAN Kabinet baharu yang diumumkan hari ini dianggotai tokoh politik berpengalaman, teknokrat dan...

Permaisuri Agong Sedia Juadah...

KUANTAN - Bagaikan sudah menjadi rutin bagi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah...

Peluru Meriam Era Parti...

YALA - Seorang penolong ketua kampung di Betong, selatan Thai terjumpa sebutir peluru...

Kenaikan Kuota Haji Malaysia Belum Mencukupi

SHAH ALAM – Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham menyifatkan pengumuman kenaikan kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi masih belum mencukupi bagi menampung jumlah senarai menunggu untuk menunaikan ibadat haji.

Menurutnya, jumlah tersebut dilihat masih sedikit jika berdasarkan kepada 0.01 peratus jumlah penduduk di Malaysia dengan populasi seramai 30 juta orang.

“Jumlah tambahan kuota jemaah haji ini adalah standard bagi mana-mana negara mengikut penduduk mereka dan kalau boleh, sudah tentu kita mahukan peningkatan yang lebih daripada ini.

“Walaupun kita mendapat tambahan seramai 1,400 orang, namun jumlah tersebut masih kecil kerana mereka yang mahu menunaikan Rukun Islam kelima itu semakin meningkat setiap tahun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang mengumumkan kuota rasmi haji untuk Malaysia bagi tahun ini meningkat kepada seramai 31,600 orang berbanding seramai 30,200 jemaah pada tahun lalu. – Sinar Harian

Kategori