Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Skim Insurans B40: UMNO...

BONGKAR... Genap seminggu pasca Belanjawan 2019 dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, namun...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku di...

Belanjawan 2024: Cadangan RM300...

IPOH - Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf ‘Bersih,...

Lancar Mengaji Antara 14...

BARU-BARU ini, penyanyi Zizi Kirana telah menyenaraikan 14 kriteria yang perlu dipenuhi oleh...

Keputusan Najib Boleh Panggil Pakar Sah Tandatangan Esok

KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil pakar tulisan tangan dari Australia bagi memeriksa dan mengesahkan tandatangan pada dokumen SRC International Sdn. Bhd., melengahkan prosiding perbicaraan, bersifat remeh dan sesuatu yang difikirkan kemudian.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram dalam hujahannya, berkata pihak pendakwaan menyatakan bahawa Najib adalah penandatangan pada dokumen itu, jadi beliau (Najib) perlu meneliti dan mengesahkannya.

Katanya, ia berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu yang memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika disoal siasat bahawa tandatangan itu adalah miliknya.

“Perkara ini agak lucu, tandatangan setiap orang adalah berbeza, tidak pernah berlaku orang tidak kenal tandatangan sendiri.

“Dalam hal ini, dia (Najib) tidak boleh sahkan, pakar hanya dipanggil jika bukan kamu tandatangan dokumen itu, bukannya jika kamu ragu-ragu berbuat demikian.

“Oleh itu, tidak perlu memanggil pakar kerana isu ini tidak membabitkan pemalsuan, permohonan ini adalah sesuatu yang difikirkan kemudian, remeh dan melengahkan bicara,” katanya.

Malah, Sithambaram berkata, pihak pembelaan tidak pernah menimbulkan isu pemalsuan tandatangan ketika kes pendakwaan membabitkan tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta dihadapi Najib.

Katanya, ketika bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail dalam keterangannya mengesahkan tandatangan Najib, perkara itu tidak pernah dicabar oleh peguam tertuduh.

“Pembelaan langsung tidak membantah mengapa Ismee mengenal pasti ia adalah tandatangan Najib, itu adalah peluang yang baik untuk berbuat demikian.

“Semua peluang sudah ada depan mata, kami tidak pernah mendesak mereka, selama 57 hari (perbicaraan) tidak pernah timbul isu tandatangan dipalsukan, oleh itu mahkamah perlu menolak permohonan ini.


“Selaku Perdana Menteri ketika itu, tertuduh juga sepatutnya membuat laporan polis jika beliau mendapati dokumen yang tidak ditandatanganinya, menyebabkan banyak perkara timbul,” katanya.

Menurut Sithambaram, Najib berhak mendapatkan dokumen yang diingini dalam mengemukakan pembelaan tetapi ia ada hadnya.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, berkata dokumen SRC International yang didakwa mempunyai tandatangan anak guamnya, dikemukakan di mahkamah dengan syarat ketulenannya boleh dicabar kemudian.

Beliau berkata, mahkamah boleh menyemak kembali keputusannya membabitkan perkara itu ketika barang bukti itu dikemukakan di mahkamah.

Katanya, tindakan pihak pendakwaan yang cuba menyekat pembelaan tertuduh, boleh membawa kepada prejudis terhadap perbicaraan kes itu.

Jelasnya lagi, pihak pendakwaan menunjukkan kepada Najib dokumen untuk mengesahkan tandatangan beliau, tetapi tidak menyatakan sama ada dokumen itu asli atau salinan.

Malah katanya, pihaknya pernah menunjukkan di mahkamah bagaimana 17 tandatangan boleh dipalsukan dengan senang.

Selepas mendengar hujahan kedua-du belah pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan esok untuk membuat keputusan. – BH Online

Kategori