Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Israel Buka Semula Sempadan...

BAITULMAQDIS - Israel akan membuka semula sempadan Erez dengan Semenanjung Gaza hari ini,...

Replika Kereta Kebal Semarak...

ALOR SETAR - Bagi menyemarak sambutan Hari Kebangsaan ke-58, penduduk Taman Sri Kota...

Pemilik Akaun Twitter ...

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemilik akaun Twitter 'Zoonar Cartoonist' di @zunarkartunis kerana...

Polis Kelantan Rampas Pil...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas dadah dipercayai jenis pil kuda bernilai RM4.7...

Kerugian Bencana Alam Cecah RM12 Trilion Selama 10 Tahun

LONDON – 10 tahun ini adalah dekad paling teruk terjejas akibat kerugian ekonomi yang disebabkan oleh bencana alam dengan jumlah sebanyak AS$3 trilion (RM12.22 trilion).

Menurut laporan broker insurans yang diterbitkan hari ini, Aon, nilai itu adalah jauh lebih tinggi berbanding dekad sebelumnya.

Wilayah Asia-Pasifik adalah yang paling teruk terjejas pada 2010 hingga 2019, menyumbang 44 peratus daripada keseluruhan akibat bencana seperti gempa bumi, tsunami dan siklon tropika.

“Pengajaran paling penting daripada bencana alam dekad terakhir lalu adalah kemunculan bahaya yang dianggap sekunder sebelum ini seperti kebakaran, banjir dan kemarau yang menelan kos tinggi.

“Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa perubahan iklim akan terus memberi kesan kepada semua jenis fenomena cuaca dan seterusnya memberi kesan kepada kawasan bandar,” kata pengarah dan ahli meteorologi Aon, Steve Bowen.

Terdapat 409 bencana alam dengan kerugian berjumlah AS$232 bilion (RM945 bilion) pada 2019 di mana AS$71 bilion (RM289 bilion) dilindungi oleh program insurans. – Agensi

Kategori